Social Icons

Thursday, 1 November 2012

Majlis Persaraan PK Pentadbiran & Jamuan Akhir Tahun.

Hari : Rabu
Tarikh : 31 Oktober 2012
Tempat : Crown Garden Hotel Kota Bharu Kelantan
Masa : 1.15 - 4.00 Petang



Sunday, 23 September 2012

TERIMA KASIH GURU-GURU PRAKTIKUM


Kalau ada sumur di ladang,
Bolah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi


Cik Lin, En.Wan Mat Rani, En. Fitri, En. Firdaus, Cik Akma


Warga SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru praktikum semester 6 yang akhirnya telah menamatkan praktikum mereka di SKPH. Tahniah dan Syabas diucapkan. Terima kasih kerana sudi memilih SKPH sebagai tempat anda menimba ilmu dan pengalaman.

Semoga pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu anda semua menjadi bakal guru yang cemerlang dalam mendidik generasi masa depan yang berilmu, beriman dan beramal. 


PROGRAM WAKAF BUKU 2012


NAMA PROGRAM : PROGRAM WAKAF BUKU
TEMPAT : DEWAN GEMILANG, SKPH
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2012
ANJURAN : JK PUSAT SUMBER SEKOLAH

A. PENDAHULUAN

Pusat Sumber sekolah (PSS) telah dikenalpasti antara kemudahan sokongan penting bagi menyokong khidmat bantuan dalam proses P&P di sekolah. Selain menjadi agen penggalak kepada tabiat membaca melalui NILAM, PSS sangat berperanan dalam melahirkan murid-murid yang celik maklumat. Program Wakaf Buku bertujuan untuk menambah koleksi buku-buku di PSS dan menggalakkan warga sekolah menghargai bahan bacaan serta menrapkan amalan perkongsian ilmu.

B. TEMA

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

C. OBJEKTIF

1. Menjadikan PS sebagai pusat akses utama murid-murid dan guru-guru dalam mendapatkan maklumat terkini.
2. Memupuk budaya membaca yang tinggi di kalangan guru dan murid.
3. Menggalakkan pelajar banyak membaca dan mencatat dalam buku NILAM.
4. Menggalakan amalan perkongsian ilmu.

D. ATURCARA MAKLIS

0730 Pagi
- Pelajar berkumpul di Dewan Gemilang.

0745 Pagi
- Ketibaan Guru Besar / Penolong Kanan
- Nyanyian lagu
- Bacaan Doa
- Gimik
- Ucapan Perasmian
- Penyerahan Buku yang diderma (guru dan kakitangan)
- Penyerahan buku yang diderma (kelas)
- Penyampaian Hadiah
- Bersurai

* Untuk melihat gambar sekitar majlis, boleh layari facebook SKPH, di alamat http://www.facebook.com/pages/SK-Pasir-Hor/231974620214776

Tuesday, 10 July 2012

Senamrobik 1 Malaysia 2012


assalamualaikum para pengunjung...

Hari ini diadakan Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia di setiap sekolah termasuklah SK Pasir Hor. 

Siapa yg kena sertai Senamrobik ni?

Semua warga Sekolah / IPG / Matrikulasi yang diertikan sebagai berikut:
1. murid / pelajar (termasuk murid / pelajar berkeperluan khas dan sekolah
swasta);
2. guru, anggota khidmat sokongan;
3. ikon sukan; dan
4. VVIP / VIP yang dijemput oleh sekolah, IPG dan Matrikulasi.
Ibu bapa murid/pelajar digalakkan untuk menyertai senamrobik tersebut.



Senamrobik ni dijalankn hari ini iaitu pada 10 Julai 2012 tepat pukul 7.45 pagi...
Senamrobik berlangsung selama 35 minit.


Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia sebagai kesinambungan kepada pelaksanaan dasar 1Murid 1Sukan. Senamrobik serentak ini dijangka akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “Largest Simultaneous Participation of School Students In An Aerobic Session”. Secara keseluruhan senamrobik akan disertai oleh sekurang-kurangnya 4.5 juta murid, guru dan warga KPM. Pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) juga digalakkan untuk bersama-sama menjayakan aktiviti senamrobik ini.

Maltamat Senamrobik 1 Malaysia
Matlamat mengadakan aktiviti senamrobik ini adalah untuk melahirkan generasi murid yang cergas dan sihat, dan membudayakan senaman sebagai amalan yang rutin sepanjang kehidupan mereka. Menerusi senamrobik, setiap murid akan tertarik untuk melakukannya kerana senaman ini dilakukan dengan iringan muzik beserta dengan gaya senaman yang dapat menyihatkan tubuh badan. Di samping itu, aktiviti senamrobik ini juga bertujuan membina keyakinan diri murid supaya yakin melibatkan diri di dalam aktiviti cergas seperti senamrobik dan sukan.


Objektif
Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia dijadikan amalan di sekolah-sekolah bagi mencapai objektif berikut:
1.meningkatkan kecergasan dan tahap kesediaan murid dan guru untuk bersukan; Bahagian Sukan KPM- Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia;
2. melibatkan penyertaan semua murid;
3. mengamal dan mempraktikkan gaya hidup sihat dan cergas;
4. mengamalkan aktiviti kecergasan fizikal dengan cara yang betul;
5. meningkatkan kesepakatan dan menyemarakkan semangat esprit de corp;

Berita Bergambar
































 Lagi berita bergambar; http://www.facebook.com/pages/SK-Pasir-Hor/

Monday, 18 June 2012

BORANG PENTAKSIRAN KSSR DAN STANDARD PRESTASI PBS

Guru-guru boleh mendapatkan borang Pentaksiran KSSR dan Standard Prestasi Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) termasuk pelbagai bahan dan fail PBS di web bawah.
Harap membantu.

http://learnenglishisgood.blogspot.com/ 

Wednesday, 16 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Penyerahan Bunga & Buku Program di pintu pagar sekolah
Acara menyematkan ROZEK
Acara dewan, Ucapan & Gimik
Acara Sukaneka
Persembahan guru yang mantap

Sunday, 22 April 2012

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE


Program Mentor Mentee ini merupakan program anak angkat bagi pelajar tahun 6 yang akan menduduki UPSR untuk tahun ini. Seorang guru akan menerima beberapa orang murid untuk dibimbing.

Program ini diharapkan dapat membantu murid tahun 6 SKPH untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada guru dengan lebih baik..

PROGRAM GOTONG-ROYONG 2012

Pada 21 April 2012, unit Keceriaan SKPH telah menganjurkan satu program Gotong-Royong peringkat sekolah bersama-sama warga sekolah. Acara bermula dari jam 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari.



Friday, 20 April 2012

Kursus Kepimpinan Pelajar & Pertandingan Mewarna

Sempena Sambutan Bulan Penghayatan Disiplin & Bulan Anti Dadah, pihak sekolah telah mengadakan kursus kepimpinan kepada semua pengawas, pengawas pusat sumber, pebimbing rakan sebaya (PRS) dan ketua penolong kelas.

Pada masa yang sama juga, pertandingan mewarna turut diadakan di Dewan Gemilang (Tahap 1) dan Kantin (Tahap 2)

Tarikh : 
  19 April 2012 (Khamis)

Masa : 
8.00 hingga 9.00 pagi



Pembimbing Rakan Sebaya

Ketua & Penolong

Pengawas Perpustakaan


AJK Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)

Pengawas Sekolah



PERLAWANAN BOLA BALING PERINGKAT QIT



KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT QIT

Nama Kejohanan        : Kejohanan Bola Baling Kategori Lelaki & Perempuan
Tarikh                          : 9 & 10 April 2012 ( Isnin & Selasa)
Masa                            : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat                        : Padang SK Pasir Hor


Penyertaan                  :
1.      SK Mulong 1
2.      SK Mulong 2
3.      SK Perol
4.      SK Seribong
5.      SK Kampung Keling
6.      SK Peringat
7.      SK Lundang
8.      Sk Kubang Kerian 2
9.      SK Pasir Hor
10.  SK Long Ghafar

Keputusan Kategori Lelaki :

                                    Johan               : SK Mulong 1
                                    Naib Johan      : SK Mulong 2
                                    Ketiga             : SK Kubang Kerian 2