Social Icons

Monday 1 August 2011

SAMBUTAN IHYA' RAMADHAN

RAMADHAN datang lagi !!! Sempena menyambut Bulan Ramadhan yg Mulia ini, pada 31 Julai 2011, SKPH telah mengadakan majlis sambutan IHYA' RAMADHAN anjuan Panitia Agama yang bertempat di Dewan Gemilang SKPH. Majlis ini melibatkan semua warga SKPH.

ATURCARA

7.45 pagi : Murid berkumpul di dewan
7.50 pagi : Bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Basri b Che Azis
7.55 pagi :Ucapan Guru Besar, En Wan Mat Rani Wan Ismail
8.15 pagi : Ceramah oleh Ustaz Mamat b Deraman
9.30 pagi : Persembahan murid
945 pagi : Majlis bersurai


Bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Basri
 .
Ucapan Guru Besar, En Wan Mat Rani.

Ceramah oleh Ustaz Mamat

Gimik Pelancaran Ihya Ramadhan

Bacaan Al-Quran oleh pelajar

Barisan Pelakon Pentomin

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung. Selamat Berpuasa !!!

Tazkirah Ramadhan 1


Erti Puasa - menahan diri daripada makan & minum, juga daripada perkara yang membatalkan puasa bermula ari terbit matahari disera dengan niat di malam hari.

Hukum - wajib ke atas orang Islam yang cukup syarat-syaratnya.

Syarat Wajib - Islam, Baligh, Berakal & Mampu berpuasa

Rukun
1. Niat - bermula dari terbenam matahari hingga terbit fajar.
2. Menahan diri - daripada makan, minum dan perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula terbitnya fajar hingga terbenam matahari.

Syarat Sah Puasa
1. Islam (tidak sah puasa orang kafir)
2. Berakal ( tiak sah puasa orang gila)
3. Mumayyiz ( tidak sah puasa kanak-kanak yang belum tahu membezakan antara suci dan kotor)
4. Suci daripada Haid ( tidak sah puasa peempuan yang datang haid)
5. Menahan diri daripada perkaran yang membatalkan puasa.



Sembang-Sembang 1
 Sembang-Sembang 2
 Sembang-Sembang3
 Sembang-Sembang4

PENGAJARAN : Jangan Bercakap Ketika Solat yer..=)

SELAMAT BERPUASA !!!

Bismillah..

Bersyukur kerana dengan izin-Nya kita semua diberi kelapangan kesihatan untuk bersama-sama menyambut Ramadhan tahun ini. Semoga kita semua mendapat rahmat & keberkatan di bulan yang mulia ini. Kami ingin mengucapkan selamat berpuasa & selamat menunaikan ibadat di bulan ramadhan kepada semua warga SKPH terutamanya semua anak didik SKPH & seluruh umat Islam..




Diharap semua murid dapat melatih diri untuk berpuasa dengan lebih baik pada tahun ini..Sama-sama kita doakan untuk kebaikan anak-anak kita semua..

p/s: Jangan Ponteng Puasa Yer...hehehe