Social Icons

Piagam Pelanggan


Bahawa sekolah ini sentiasa bersedia untuk memberi pendidikan dan perkhidmatan yang bermutu demi memenuhi matlamat pendidikan Negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan manusia yang seimbang :

  • Memberi perkhidmatan kepada pelanggan dengan penuh kemesraan.
  • Berusaha meningkatkan ilmu untuk memajukan anak didik.
  • Sentiasa mematuhi dan menyempurnakan arahan-arahan yang dikeluarkan oleh PPD,JPN dan Kementerian Pelajaran dari masa ke semasa.
  • Menjadikan kecemerlangan sebagai budaya kami dan peningkatan kualiti sebagai proses yang berterusan.
  • Mewujudkan budaya permuafakatan di kalangan staf bagi menyelesaikan permasalahan di sekolah kami.
  • Menguruskan pendaftaran dan penempatan murid-murid dengan segera dan sesuai dengan minat dan kebolehan.
  • Menjamin suasana pembelajaran yang mesra, adil, selamat dan sejahtera.
  • Mengurus kewangan dan akaun sekolah dengan betul.
  • Menjamin pembahagian tugas guru-guru dengan adil, layanan dan hubungan mesra serta bersedia berunding menyelesaikan masalah pada bila-bila masa.
  • Menjamin layanan mesra dan segera kepada ibu bapa/ penjaga/ PIBG untuk berbincang bagi mengatasi masalah pendidikan anak-anak.
  • Melaporkan segala salah laku murid secara bertulis kepada ibu bapa/ penjaga dengan segera serta mencari penyelesaian.
  • Bersediakan menghulurkan kerjasama kepada agensi-agensi kerajaan dan swasta dalam hal-hal kemajuan pendidikan dan bidang-bidang tertentu.