Social Icons

Friday 15 November 2013

Warga SKPH 2013

Warga Pendidik SKPH

Guru Lelaki SKPH

Guru Perempuan SKPH

SELAMAT BERCUTI





Selamat bercuti kepada semua warga SKPH. Insya-ALLAH, tahun hadapan kita jumpa lagi. Semoga tahun 2014 akan membuka lembaran baru untuk kita semua ke arah yang lebih baik & SUKSESS..

-admin-

"SELAMAT BERSARA" kepada PN. ZAINAB BT SALLEH

"Punch Card" terakhir sebelum bersara.
 
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
 
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.
 
Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Beliau atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang beliau berada di SKPH. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas segalanya. Semoga beliau mendapat keberkatan di Dunia & Akhirat. Kami sayang Pn. Zainab.

Thursday 14 November 2013

Keputusan UPSR 2013


Alhamdulilah..seramai 10 orang pelajar dari SKPH telah memperoleh keputusan 5A dalam UPSR pada tahun ini. Syabas dan Tahniah kepada semua warga SKPH yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun ini..

Pelajar 5A


Pelajar 4 A 1B
Pasangan KEMBAR SKPH, Zharif & Nayli bersama ibunya, Cikgu Hamidah
(Guru SKPH) berjaya memperoleh 5A.


Olahragawan SKPH, AHmad Mirza turut mendapat keputusan 5A.

Sambutan Maal Hijrah 2013

Tarikh : 14 November 2013