Social Icons

Friday 15 November 2013

"SELAMAT BERSARA" kepada PN. ZAINAB BT SALLEH

"Punch Card" terakhir sebelum bersara.
 
Kalau ada sumur diladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
 
Hujung daksina merimbun celagi,
Beralun tualang indah bersemu,
Walau ke mana diriku pergi,
Insan sepertimu takkan ketemu.

Alangkah dinginnya menjelang senja,
Mentari terbenam diufuk barat,
Doaku ikhlas untukmu sahaja,
Bahagia di dunia hingga akhirat.
 
Tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Beliau atas segala jasa dan sumbangan yang dicurahkan sepanjang beliau berada di SKPH. Hanya ALLAH SWT yang dapat membalas segalanya. Semoga beliau mendapat keberkatan di Dunia & Akhirat. Kami sayang Pn. Zainab.

No comments: