Social Icons

Latar Belakang






                        SEJARAH SEKOLAH DAN PERKEMBANGAN SEKOLAH


     Penubuhan Sekolah

Sekolah Kebangsaan Pasir Hor adalah sebuah sekolah yang didirikan sebagai pengisian penting dalam bidang pendidikan. Sekolah ini mula didirikan pada awal tahun 1948. Pada pertengahan tahun 1948, sekolah ini dapat beroperasi sepenuhnya. Sekolah ini dapat didirikan dengan berkat sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk-penduduk Mukim Pasir Hor yang diketuai oleh Allahyarham En. Yaakub b. Daud. Allahyarham merupakan seorang guru sekolah dewasa dalam Mukin Pasir Hor. Tapak asal sekolah ini adalah hadiah daripada seorang Pengawa iaitu Allahyarham Tuan Hj. Musa. 

                       
    Pembinaan Bangunan Sekolah

Bangunan asal sekolah ini didirikan di atas tapak seluas 30 X 120 kaki persegi. Bangunan ini merupakan sebuah pondok yang baratap nipah. Bilangan murid pada ketika itu lebih kurang 100 orang dan empat orang guru. Bangunan kedua pula didirikan pada awal tahun 1959 dengan keluasan 30 X 137 kaki persegi oleh Jabatan Kerjaraya Daerah Kota Bharu. Ekoran daripada bangunan asalnya tidak selamat digunakan oleh warga sekolah, pada tahun 1982 bangunan baru sekolah telah dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1983. Pada tahun 1988 sebuah bangunan tambahan telah dbina dan keluasan keseluruhan kawasan sekolah iaitu 2.0 hektar.



   Pengasas Sekolah

Allahyarham Yaakub b. Daud merupakan tokoh yang bertanggungjawab menubuhkan Sekolah Kebangsaan Pasir Hor. Beliau telah bekerja keras dalam menyiapkan sekolah ini. Beliau adalah orang tempatan Mukim Pasir Hor. Beliau adalah salah seorang guru sekolah dewasa yang  beroperasi di pedalaman kampung ini.

Beliau merupakan orang yang berpengaruh dan dihormati oleh masyarakat setempat. Ini kerana semangat yang ada padanya yang mahu membangunkan anak mukim supaya tidak ketinggalan zaman. Menyedari kepentingan pelajaran, maka beliau bertekad dan mengumpul orang-orang kampung Mukim Pasir Hor bergotong royong mendirikan sebuah ‘bangsal’ yang bergelar sekolah dalam tahun 1948. Di dalam bangsal ini segala ilmu pengetahuan dicurahkan kepada anak mukim. Memandangkan sekolah ini  yang berada di tempat yang strategik iaitu ditengah-tengah Kampung Pasir Hor dan berhampiran jalan raya, maka sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Pasir Hor.

Jasa dan bakti beliau amat sukar dilupakan oleh masyarakat yang pernah menimba ilmu di Sekolah kebangsaan Pasir Hor.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.