Social Icons

Sunday 23 September 2012

TERIMA KASIH GURU-GURU PRAKTIKUM


Kalau ada sumur di ladang,
Bolah kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi


Cik Lin, En.Wan Mat Rani, En. Fitri, En. Firdaus, Cik Akma


Warga SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru praktikum semester 6 yang akhirnya telah menamatkan praktikum mereka di SKPH. Tahniah dan Syabas diucapkan. Terima kasih kerana sudi memilih SKPH sebagai tempat anda menimba ilmu dan pengalaman.

Semoga pengalaman dan tunjuk ajar yang diberikan dapat membantu anda semua menjadi bakal guru yang cemerlang dalam mendidik generasi masa depan yang berilmu, beriman dan beramal. 


PROGRAM WAKAF BUKU 2012


NAMA PROGRAM : PROGRAM WAKAF BUKU
TEMPAT : DEWAN GEMILANG, SKPH
TARIKH : 23 SEPTEMBER 2012
ANJURAN : JK PUSAT SUMBER SEKOLAH

A. PENDAHULUAN

Pusat Sumber sekolah (PSS) telah dikenalpasti antara kemudahan sokongan penting bagi menyokong khidmat bantuan dalam proses P&P di sekolah. Selain menjadi agen penggalak kepada tabiat membaca melalui NILAM, PSS sangat berperanan dalam melahirkan murid-murid yang celik maklumat. Program Wakaf Buku bertujuan untuk menambah koleksi buku-buku di PSS dan menggalakkan warga sekolah menghargai bahan bacaan serta menrapkan amalan perkongsian ilmu.

B. TEMA

"Bangsa Membaca Bangsa Berjaya"

C. OBJEKTIF

1. Menjadikan PS sebagai pusat akses utama murid-murid dan guru-guru dalam mendapatkan maklumat terkini.
2. Memupuk budaya membaca yang tinggi di kalangan guru dan murid.
3. Menggalakkan pelajar banyak membaca dan mencatat dalam buku NILAM.
4. Menggalakan amalan perkongsian ilmu.

D. ATURCARA MAKLIS

0730 Pagi
- Pelajar berkumpul di Dewan Gemilang.

0745 Pagi
- Ketibaan Guru Besar / Penolong Kanan
- Nyanyian lagu
- Bacaan Doa
- Gimik
- Ucapan Perasmian
- Penyerahan Buku yang diderma (guru dan kakitangan)
- Penyerahan buku yang diderma (kelas)
- Penyampaian Hadiah
- Bersurai

* Untuk melihat gambar sekitar majlis, boleh layari facebook SKPH, di alamat http://www.facebook.com/pages/SK-Pasir-Hor/231974620214776