Social Icons

Wednesday 21 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Rabu, 21 Sept 2011 - Majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan bermula 7.45 pagi hingga 12.30 tengahari. Semua warga SKPH bersama-sama meraikannya dalam suasana yang meriah. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Zaki b Awang, ucapan ringkas daripada Tuan Guru Besar, Encik Wan Mat Rani b Wan Ismail dan diikuti jamuan raya di kantin sekolah. Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan dari guru-guru dan murid-murid SKPH.

Jom kita tengok Guru Besar nyanyi dulu... hehe..



Berita bergambar..




























Monday 12 September 2011

MAJLIS RESTU ILMU UPSR 2011


Penantian selama 5 tahun 8 bulan akhirnya sampai ke penghujungnya apabila pada 13 September ini       ( esok ) semua murid Tahun 6 akan menduduki peperiksaan UPSR. Saat ini tentunya semua pihak menanti dengan penuh debaran tarikh keramat tersebut.

“Majlis Restu Ilmu” calon UPSR telah diadakan hari ini di Dewan Perhimpunan Sekolah bermula jam 7.45pagi. Ianya bertujuan memberikan dorongan dan kekuatan semangat kepada semua murid dlm menempuh peperiksaan esok.

Dimulai dengan  ucapan aluan Pengerusi Majlis, doa yang diketuai oleh En. Rosli b Awang (Penyelaras Tahun 6), ucapan wakil calon UPSR (adik Wahida Adilla), Wakil Guru (Pn. Kamariah bt Che Abd Ghani) dan di akhiri dengan ucapan Guru Besar.

Selepas itu acara bersalaman antara semua murid calon UPSR dengan semua guru serta pemberian peralatan peperiksaan yang akan digunakan esok.






BERITA BERGAMBAR SEPANJANG MAJLIS RESTU ILMU


 





















SELAMAT MENGHADAPI UPSR 2011, KAMI RESTUI SEGALA ILMU....