Social Icons

Friday 13 February 2015

PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Assalamualaikum wbt.,.

Pelbagai rentetan peristiwa 2014 yang tak mungkin dilupakan terutamanya peristiwa banjir besar yang berlaku pada tahun lepas.


SK Pasir Hor telah dijadikan pusat pemindahan banjir untuk seramai 4000 orang mangsa banjir. Ketiadaan sumber makanan, air bersih dan elektrik juga menjadikan mangsa banjir mengalami kesukaran.

Pelbagai agensi persendirian dan kerajaan telah 'turun padang' untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa yang berada di sekolah.








Malah, paling menyedihkan apabila ada diantara guru SKPH yang terlibat dengan banjir kali ini telah mengalami kerugian yang agak besar apabila rumah mereka telah ditenggelami air.


Antara guru dan kakitangan SKPH yang terlibat ialah En. Saidi Abd Rahman, Pn, Nooraini, Pn. Naziah, Cik Wan Siti Normah, Pn. Rosenizam. Takziah kami ucapkan.

TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulilah, dipanjang umur untuk bersua kembali di tahun baru 2015. 

Selamat kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan pada tahun ini. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas.

Admin mengucapkan selamat kembali bekerja kepada semua guru. Semoga kita mendapat kekuatan untuk mendidik anak-anak agar mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insya-Allah.