Social Icons

Wednesday 29 June 2011

Majlis Sambutan Israk Dan Mikraj


Pada 29 Jun 2011, SK Pasir telah menganjurkan satu ceramah sempena sambutan Israk & Mikraj. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Mohd Sobri b Abdullah (Imam Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian) untuk menyampaikan ceramah.

Terima kasih diucapkan kepada beliau kerana sudi hadir sebagai penceramah undangan.  



 Aturcara Program

7.30 pagi       - Murid berkumpul di dataran
7.45 pagi       - Murid masuk ke Dewan Gemilang
7.50 pagi       - Ucapan Pengerusi Majlis
7.55 pagi       - Bacaan Doa
                       oleh Ustaz Ahmad Basri
8.00 pagi       - Ucapan Perasmian Tuan Guru Besar
8.15 pagi       - Ceramah Israk Dan Mikraj
                        oleh Ustaz Mohd Sobri b Abdullah
                       (Imam Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian)
9.45 pagi       - Rehat Tahap 1 / Kuiz Spontan Tahap 2
10.15 pagi     - Rehat Tahap 2 / Kuiz Spontan Tahap 1
10.45 pagi     - Majlis bersurai


Rasional:
Program ini adalah salah satu usaha untuk menerapkan nilai murni serta memberi kesedaran kepada murid SK Pasir Hor tentang kewajipan solat.

Objektif:
* Memberi peringatan tentang peristiwa Israk Dan Mikraj Nabi.
* Memberi kesedaran kepada murid akibat meninggalkan solat 5 waktu.
* Mengeratkan silaturrahim semua warga SK Pasir Hor.


Ucapan Perasmian oleh Ybrs En Wan Mat Rani, guru besar SKPH


Ragam guru-guru & murid-murid sepanjang majlis

Monday 20 June 2011

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011



Warga SKPH mengucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid SKPH.. Jawablah dengan hati yang tenang & tidak terburu-buru ketika menjawabnya..Ingati kembali apa yang dipelajari di bilik darjah & apa yang dibaca sewaktu mengulangkaji..Banyakkan solat hajat & berdoa kepada ALLAH SWT..

Kami, semua guru sentiasa berdoa & mengharapkan yang terbaik untuk anak-anak didik kami..Semoga menjadi murid yang berjaya, cemerlang & soleh solehah !!

"KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI"