Social Icons

Featured Posts

Friday 28 October 2016

HARI KANTIN TAHUN 6 (2016)

Tarikh : 27 Oktober 2016
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Terbuka SKPH





Alhamdulilah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpat dan kurniaan-Nya, dapat kami, warga sekolah menjayakan Hari Kantin bagi tahun 2016.

Majlis ini dianjurkan oleh guru dan murid tahun 6 sempena program selepas UPSR.

Hari Kantin merupakan satu program yang dapat memupuk nilai kerjasama di antara murid dengan rakan sebaya serta memberi pengalaman kepada murid-murid terhadap alam perniagaan. Objektif mengadakan Hari Kantin ini adalah untuk mengutip dana daripada hasil jualan.

Semoga program ini dapat diteruskan lagi di masa hadapan..


Friday 13 February 2015

PUSAT PENEMPATAN MANGSA BANJIR

Assalamualaikum wbt.,.

Pelbagai rentetan peristiwa 2014 yang tak mungkin dilupakan terutamanya peristiwa banjir besar yang berlaku pada tahun lepas.


SK Pasir Hor telah dijadikan pusat pemindahan banjir untuk seramai 4000 orang mangsa banjir. Ketiadaan sumber makanan, air bersih dan elektrik juga menjadikan mangsa banjir mengalami kesukaran.

Pelbagai agensi persendirian dan kerajaan telah 'turun padang' untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa yang berada di sekolah.








Malah, paling menyedihkan apabila ada diantara guru SKPH yang terlibat dengan banjir kali ini telah mengalami kerugian yang agak besar apabila rumah mereka telah ditenggelami air.


Antara guru dan kakitangan SKPH yang terlibat ialah En. Saidi Abd Rahman, Pn, Nooraini, Pn. Naziah, Cik Wan Siti Normah, Pn. Rosenizam. Takziah kami ucapkan.

TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum wbt..



Alhamdulilah, dipanjang umur untuk bersua kembali di tahun baru 2015. 

Selamat kembali ke sekolah bagi meneruskan sesi persekolahan pada tahun ini. Semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lepas.

Admin mengucapkan selamat kembali bekerja kepada semua guru. Semoga kita mendapat kekuatan untuk mendidik anak-anak agar mereka menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Insya-Allah.





Thursday 7 August 2014

MALAM AMAL PIBG BERSAMA ALUMNI SKPH

Assalamualaikum wbt.. kepada bekas pelajar atau guru yang berminat menyertai Malam Amal PIBG bersama Alumni SKPH, boleh menghubungi guru yang terlibat bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai program ini.

Program ini julung kali akan diadakan di SKPH. Anda semua dijemput bagi memeriahkan majlis ini. 

Tarikh : 15 September 2014
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Gemilang, SKPH
Masa :8.00 malam (pendaftaran)


Sebarang pertanyaan:

Pn. Kamariah bt Che Mohd Abd. Ghani (012-9506479)
2. Pn. Hjh Sabarina bt Mat Yudin (017-9368169)
3. En, Saidi b Abd Rahman (012-9087072)
4. En. Mohd Nazri b Husin (019-9061441)

Atau
Email : skpasirhor@yahoo.com.my
FB : https://www.facebook.com/skpasirhor
Blog : http://skpasirhor1084.blogspot.com/






SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SKPH 2014

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

Tarikh : 7 Ogos 2014
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Gemilang, SKPH.

Alhamdulilah, selesai sudah majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat SKPH tahun 2014. Majlis yang berlangsung dijalankan dengan meriah dengan pengisian-pengisian yang menyeronokkan.

Bermula, sesi bergambar guru, acara dewan dan jamuan. Majlis berakhir dengan baik.









Sunday 27 July 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Kami warga SKPH ingin mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Semoga segala amalan kita di bulan RAMADHAN diterima ALLAH SWT dan semoga kita dipertemukan lagi dengan RAMADHAN yang seterusnya.

Mohon maaf jika terdapat salah dan silap. Marilah kita meraikan SYAWAL yang mulia ini dengan kesederhaan tanpa PEMBAZIRAN.

Saturday 26 July 2014

CUTI PERSEKOLAHAN

CUTI PERISTIWA - 27 Julai (Ahad)
CUTI HARI RAYA AIDILFITRI - 28 & 29 Julai (Isnin & Selasa)
CUTI BERGANTI - 30 & 31 Julai (Rabu & Khamis)


Alhamdulilah, masa yang ditunggu kini telah tiba. Kepada semua warga SKPH, admin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Mohon maaf jika terdapat salah dan silap sepanjang mengendalikan blog ini. Mudah-mudaha segala amalan kita di bulan Ramadhan pada tahun ini diterima di sisi Allah SWT.

Kepada guru & murid yang pulang berhari raya, berhati-hatilah di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. 




MAJLIS PEMBERIAN DUIT ZAKAT & DUIT RAYA

Tarikh : 24 Julai 2014
Hari : Khamis

Padda hari terakhir persekolah, seramai 120 orang murid telah menerima duit zakat hasil kutipan daripada para guru dan ibu bapa. 

Selain itu, duit raya turut diberikan kepada semua murid SKPH.





MAJLIS PENUTUP IHYA RAMDHAN & MAJLIS KHATAM AL-QURAN SKPH


Tarikh : 23 Julai 2014
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Gemilang, SKPH


Alhamdulilah, seramai 30 orang murid tahun 4,5 dan 6 telah terlibat dalam menjayakan majlis khartam al-quran peringkat sekolah. 





Persembahan Murid Tahun 2



Tuesday 22 July 2014

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN PERINGKAT SKPH


Tarikh : 17 Julai 2014
Hari : Khamis
Tempat : Dewan Gemilang SKPH
Masa : 745 Pagi



Ucapan Alu-aluan Ybrs Tuan Guru Besar

Penceramah Us Rahim

Sunday 29 June 2014

MAJLIS PELANCARAN IHYA RAMADAHAN



Tarikh    : 29 Jun 2014
Masa     : 7.45 pagi hingga 9.15 pagi
Tempat  : Dewan Gemilang

Alhamdulilah, syukur ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah dan kurnia-NYA, dapat kita semua bertemu lgi RAMADHAN pada tahun ini. Pihak Admin ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. 



Sehubungan dengan itu juga, SKPH telah mengadakan majlis PELANCARAN IHYA RAMADHAN pada hari ini.

Aktiviti ini bertujuan pada menyediakan pelbagai program KHUSUS untuk warga SKPH di sepanjang bulan yang Mulia ini.

AHAD       - Tadarus Al-Quran
ISNIN       - Tafsir
SELASA     - Bacaan Mathurat
RABU       - Quiz
KHAMIS    - Solat Hajat





Monday 5 May 2014

Sambutan Hari Lahir Ybrs Tn Guru Besar SKPH En W. Mat Rani W. Ismail


Lawatan Sambil Belajar Badan Disiplin SKPH 2014

Badan Disiplin SK Pasir Hor yang diketuai oleh Puan Ruhaya Yunus telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya.Ianya melibakan enam orang guru pengiring dan 37 orang pengawas sekolah.


Tuesday 15 April 2014

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT QIT PERINGAT



BOLA TAMPAR (PEREMPUAN) DI SK KG KELING





BOLA TAMPAR (LELAKI) DI SK LUNDANG

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas komitmen pasukan bola tampar sekolah.Sekalung penghargaan yang tidak terhingga kepada semua guru SKPH sama ada yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pertandingan ini terutamanya 2 orang guru praktikum iaitu Cikgu Muhd Amin & Cikgu Nik Ahmad Syahmi yang banyak membantu memeriahkan lagi pertandingan ini.


                                                       ~ admin ~