Social Icons

Wednesday 27 April 2011

STORy TellinG & ActiON SonG ComPETITioN...

Pada 24 April, SPKH telah menyertai satu pertandingan Ko Akademik Bahasa Inggeris Peringkat QIT Peringat bagi tahun 2011 yang bertempat di SK Mulong 1. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili sekolah.

Wakil peserta dari SKPH

Gelagat sepanjang pertandingan...

Syabas & Tahniah kepada jurulatih kita, cikgu Puspa, cikgu Qamariah, cikgu Rohayah, cikgu Hafiz & Sir Wong yang telah bertungkus lumus sepanjang minggu.

Monday 25 April 2011

MAJLIS PENUTUP BULAN ANTI DADAH 2011 (Part 3-Akhir)

Pada 24 April 2011, SKPH telah mengadakan majlis penutupan bulan anti dadah & penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bermula jam 8.00 pagi di Dewan Gemilang. Program bulan anti dadah SKPH telah bermula pada 3 April & akhirnya akan melabuhkan tirai.

Sepanjang bulan anti dadah, pelbagai pertandingan telah diadakan. Antaranya:
  • Mewarna Pra Sekolah & Tahap 1
  • Melukis Poster Tahap 2
  • Mencari perkataan tersembunyi Thn 2
  • Menyusun Jingsawa Puzzle Poster Dadah thn 3
  • Kuiz Thn 4
  • Mengarang Esei Thn 6
  • Teka Silang Kata (terbuka)
  • Pertandingan Sajak (terbuka)
Ucapan Perasmian Penutup oleh Ybrs. Tuan Guru Besar, En. Wan Mat Rani Wan Ismail


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Syabas & Tahniah !!!

Pihak PPDa SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru & warga SKPH yang telah membantu menjayakan program ini selama ia berlangsung samada secara langsung atau tidak langsung. I.ALLAH semoga bertemu lagi kita di tahun hadapan.

PAMERAN & CERAMAH ANTI DADAH (Part 2)

Sempena bulan anti dadah, SKPH telah menganjurkan pameran & ceramah anti dadah dengan kerjasama Agensi Dadah Daerah Kota Bharu. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 tengahari.

 Penceramah jemputan En Abd. Kadir, Pegawai Agensi  Dadah Daerah Kota Bharu...


Ragam guru-guru sepanjang program...


Sesi Ceramah diserikan dengan soalan kuiz..murid bersemangat untuk menjawab soalan..


Semoga ceramah ini dapat memberikan input yang berguna kepada semua pelajar. Terima kasih kepada kepada AADK Kota Bharu kerana menghantar wakil ceramah & mengadakan pameran di SKPH.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada tahun hadapan. Insya-ALLAH. !!!

Sunday 24 April 2011

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS

Pada 24 April 2011, SKPH telah menghantar 4 orang wakil, iaitu pelajar tahun 6 untuk menyertai Program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2011. Program ini bertempat di SMK Tanjung Chat, Kota Bharu.




Pengisian program ini adalah ceramah & LDK. Program ini bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Monday 18 April 2011

TAKLIMAT KESELAMATAN & PENJELASAN ISU-ISU KESELAMATAN NEGARA

  

Pada 18 April 2011, JPN negeri Kelantan telah menganjurkan satu taklimat Keselamatan & Penjelasan Isu-isu Keselamatan Negara di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa. SKPH telah menghantar wakil seramai 7 orang yang terdiri daripada Pn Naemah (PK HEM), Pn Rosiah (PK Ko), Pn Rozilawati (Guru Kaunseling), Cik Wan Amirah, En. Saidi, En. Shaharudin & En. Abu.


 Pn Rosiah & Pn Rozilawati

 Suasana di Dewan Besar

Taklimat ini bermula jam 8.00 pagi. Taklimat ini disampaikan oleh YDH.SAC Dato' Dr Ab. Rahman B Ismail selaku KPP Bhg Penyelidikan & Keurusetiaan PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur. Majlis ini bersurai jam 2.00 petang.

Sunday 17 April 2011

MINGGU PEPERIKSAAN SUDAH BERMULA !!!


Kami ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua murid SKPH yang akan menduduki peperiksaan bulanan (APRIL) bermula 18.04.2011 sehingga 20.04.2011..Jangan lupa solat 5 waktu & berdoa untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan..Restu & doa guru-guru sentiasa mengiringi kalian semua..lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tercinta !!!

SEMOGA BERTEMU KEMBALI

 Tanggal 14 April 2011 adalah hari terakhir bagi dua orang guru pelatih iaitu Cik Nurul Hasikin (kiri) dan Cik Nik Nur Izzati (kanan) di SK Pasir Hor..Mereka telah menjalani praktikum selama 4 minggu. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana di SKPH..



Bersama guru pembimbing Pn. Zainab bt Salleh..


Semoga praktikum mereka menjadi kenangan terindah buat mereka berdua.. Harapan kami gunakan segala tunjuk ajar dan pengalaman yang diperolehi untuk menjadi bakal guru yang cemerlang di masa hadapan.
Sehingga berjumpa lagi!!!

Friday 15 April 2011

PERKHEMAHAN PERDANA PPIM DAERAH KOTA BHARU

Pada 12-14 April 2011, SK Pasir Hor telah menghantar ahli Puteri Islam untuk menyertai Perkhemahan Perdana PPIM Daerah Kota Bharu.

Tempat: 5 Rejiman Renjer Diraja, Kem Desa Pahlawan
Tarikh: 12 - 14 April 2011
Tempoh: 3 hari 2 malam
Perasmian Penutup oleh:
   Lt Kol Jafri bin Sulaiman
  Pegawai Memerintah Batalion Ke-5
  Rejimen Renjer Diraja
  Kem Desa Pahlawan

Aturcara:
              10.00 pagi  - Semua peserta berkumpul di Dewan Makan
              10.30 pagi  - Tatacara perjumpaan
                                   Asmaul Husna
                                   Bacaan doa
                                   Ucapan dan Perasmian Penutup oleh:
                                               Lt Kol Jafri bin Sulaiman
           12.30 tghari - Bersurai
     
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan ini:






Semoga PPIM SK Pasir Hor dapat meningkatkan:
1. Kemahiran dalam aspek kemahiran ikhtiar hidup, ketahanan fizikal, kemahiran sosial, kerohanian dan disiplin.
2. Menggabungjalinkan pelbagai aspek kemahiran untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan.
3. Memupuk semangat kerjasama, berdikari, dan berdisiplin serta berdaya fikiran kreatif.                         

Wednesday 13 April 2011

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGKAT QIT PERINGAT 2011

Tarikh: 10 April 2011 ( Kategori Lelaki )
             11 April 2011 ( Kategori Perempuan)
Masa: 8.30 pagi - 5.30 petang

Aturcara Majlis:
   8.30 pagi      : Pendaftaran peserta
   9.00 pagi      : Acara bermula
                          : Pertandingan bola baling
                            - kategori lelaki (10/04/2011)
                            - kategori perempuan (11/04/2011)
  10.00 pagi     : Rehat
  10.30 pagi     : Acara bersambung
   4.30  petang : Rehat
   5.00 petang  : Penyampaian hadiah

PEMENANG

Kategori Lelaki   :
               Tempat Pertama ~ SK Mulong 1
               Tempat kedua     ~ SK Kubang Kerian 2
               Tempat ketiga     ~ SK Mulong 2
Kategori Perempuan:
               Tempat Pertama ~ SK Seribong
               Tempat kedua     ~ SK Kubang Kerian 2
               Tempat ketiga     ~ SKPerol
              

Pemain bola baling kategori lelaki SKPH 2011 bersama jurulatih Pn. Rosmini dan Pn. Noordiran.
 
 
Acara penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang...
Tahniah daripada warga SK Pasir Hor


Antara PK Ko dan pegawai PPD Kota Bharu yang turut serta memeriahkan acara pada hari itu...
Terima kasih...


Juara Pertandingan Bola Baling Kategori perempuan: SK Seribong (gambar atas)
                                                              Kategori lelaki         : SK Mulong 1 (gambar bawah)

Thursday 7 April 2011

BENGKEL PENGURUSAN FAIL

Hari ini jam 12.45 tengahari SKPH mengadakan Bengkel Pengurusan Fail untuk semua penyelaras, ketua panitia dan setiausaha setiap unit. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyelaraskan semua sistem fail mengikut nombor pengkelasan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Pembantu Tadbir SKPH iaitu Pn. Rosenizam menyampaikan segala maklumat yang diperolehi kepada guru-guru SKPH.

 Ini adalah beberapa contoh fail yang telah siap...

 Antara peserta yang mengambil bahagian..

FESTIVAL NASYID PERINGKAT QIT PERINGAT 2011

Pada 6 April 2011 SKPH telah menghantar pasukan nasyid sekolah untuk pertandingan nasyid peringkat QIT Peringat. Pertandingan diadakan di SK Lundang.






Warga SKPH mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta nasyid... Tidak lupa syabas untuk guru pembimbing yang bertungkus lumus melatih para peserta..

Tuesday 5 April 2011

INSTRUMEN SARINGAN MENULIS LINUS

 Saringan menulis LINUS (Literasi dan Numerasi) saringan 1 dan 4 bermula 3 hingga 8 april 2011. 

 Bahan-bahan yg digunakan untuk membantu murid LINUS menjawab soalan.

 Tunjuk cara dari Pn. Hasnah...

Monday 4 April 2011

PELANCARAN BULAN ANTI DADAH 2011 (Part 1)


Pada 3 April 2011, SKPH telah berjaya melancarkan Sambutan Bulan Anti Dadah peringkat sekolah yang akan bermula 3 April 2011 hingga 24 April 2011. Majils dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Ybrs Tuan Guru Besar, En.Wan Mat Rani, seterusnya bacaan perutusan oleh PK Hem, Pn Hjh Naimah & disusuli dengan taklimat pertandingan oleh SU PPDa SKPH, Cik Wan Amirah.

Jom Kita lihat gambar-gambar sekitar majlis berlangsung...



Semoga program ini berjaya mencapai objektif  iaitu untuk melahirkan murid-murid yang "BENCI DADAH". Di samping itu, semua murid juga diharap dapat mengambil peluang dengan menyertai pelbagai pertandingan yang disediakan sepanjang bulan April ini.

Program Mentor Mentee Tahun 6 2011

Pelancaran  program mentor mentee thn 6 ini adalah projek anak angkat murid-murid thn 6 kepada guru SK Pasir Hor..  Semua guru mempunyai anak angkat masing-masing. Guru-guru yg mengajar thn 6 mengambil 5 hingga 6 orang anak angkat, manakala guru yang lain diberi 1 atau 2 orang anak angkat.. Guru Besar SK Pasir Hor (En. Wan Mat Rani) juga diberi seorang anak angkat iaitu adik Wan Mohd Izzat b Wan Saidi..

Program Mentor Mentee ini bertujuan untuk memastikan murid-muird thn 6 lebih cemerlang dalam prestasi mereka.. Setiap guru perlu memantau anak angkat masing-masing... Kami perlu membuat perjumpaan setiap minggu mengikut jadual yang diberi... Semoga program berjalan seperti yg dirancang...