Social Icons

Thursday 1 November 2012

Majlis Persaraan PK Pentadbiran & Jamuan Akhir Tahun.

Hari : Rabu
Tarikh : 31 Oktober 2012
Tempat : Crown Garden Hotel Kota Bharu Kelantan
Masa : 1.15 - 4.00 Petang



Majlis Jamuan Akhir Tahun bagi warga Sekolah Kebangsaan Pasir Hor pada kali ini diadakan di sebuah hotel yang bertempat di bandar Kota Bharu Kelantan.Crown Garden Hotel juga menjadi tempat pilihan jawatankuasa pelaksana program jamuan akhir tahun meraikan majlis persaraan Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Pasir Hor.Majlis juga diserikan dengan kehadiran wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai tanda sokongan dan penghargaan.

Majlis kali ini dipengerusikan oleh Cikgu Saidi yang begitu ceria.Bagi meraih keberkatan majlis,bacaan doa diketuai oleh Ustaz Ahmad Basri dan seterusnya majlis dteruskan dengan ucapan wakil guru SKPH iaitu Puan Kamariah.Walaupun dalam nada berceloteh dan ringkas,sayu dan sebak tetap melanda hati bila mengenangkan sekolah akan kehilangan "orang kuat" yang banyak merencana dan menggerakkan agenda sekolah.Selepas itu sesi bacaan biodata Pn Hajjah Aini oleh dikendalikan oleh Cikgu Rozaini.

Pengerusi menjemput Pn. Hajjah Aini bagi memberikan ucapan,kata semangat,nasihat yang berguna kepada rakan rakan guru serta hadirin yang hadir.Antara kata kata nasihat yang paling banyak diulang ulang oleh beliau ialah tentang bersikap sederhana dalam semua perkara.Selepas itu majlis diserikan dengan ucapan yang penuh bermakna daripada Tuan Guru Besar SKPH En. Wan Mat Rani.Beliau turut mendendangkan serangkap  gurindam sebagai hadiah peribadi terakhir kepada yang diraikan Pn Hajjah Aini.

Majlis di akhiri dengan penyampaian cenderahati dari pihak Kelab Guru dan Kakitangan 2012 sebagai tanda kenang kenangan dan penghargaan di atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan.

(Antara gambar gambar menarik yang sempat dirakam oleh jurukamera.)
Pengerusi majlis Cikgu Saidi


Bacaan Doa oleh Ustaz Basri


  
yang diraikan Pn Hajjah Aini
Guru Besar sedang memberikan ucapan.
Ucapan oleh Tuan Guru Besar En Wan Mat Rani



Bacaan Biodata oleh Pn Rozaini

Celoteh Pn Kamariah






No comments: