Social Icons

Monday, 23 May 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33

Mesyuarat Agung PIBG SK Pasir Hor kali ke-33

Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SKPH
Perasmian oleh : Ybrs. Pengarah JPP Negeri Kelantan

Mesyuarat bermula awal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibubapa di kantin sekolah.

Turut diadakan majlis penyampaian Hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR 2010 yang kini telah melanjutkan pengajian ke tingkatan 1. Syabas & Tahniah diucapkan.


Majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid tahun 3.



Dalam mesyuarat kali ini, AJK PIBG sesi 2010/2011 telah dibubarkan & AJK PIBG 2011/2012 telah dilantik secara rasmi. Segala perbincangan usul dalam mesyurat dapat diterima dengan baik oleh ibubapa. Acara cabutan bertuah kepada ibubapa turut disediakan.

Diharapkan dengan perjumpaan bersama ibubapa dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan warga sekolah. Di samping itu, diharapkan kita sama-sama dapat bekerjasama berusaha dalam meningkatkan tahap pembelajaran anak-anak. Insya-ALLAH..

Thursday, 19 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Pada hari Khamis (19 Mei 2011), SKPH telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.





Aturcara Majlis
7.30 pagi     : Guru berkumpul di kelas 3A / murid berkumpul di Dewan Gemilang.
7.45 pagi     : Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Selamat Sultan / Lagu Sekolah
7.55 pagi     : bacaan Doa
8.00 pagi     : Ucapan Wakil Murid
8.05 pagi     : Ucapan Perasmian (Guru Besar)
8.10 pagi     : Perutusan 1
8.15 pagi     : Perutusan 2
8.30 pagi     : Nyanyian Lagu Guru Malaysia / Bacaan Ikrar
8.45 pagi     : Acara Padang (Sukaneka)
10.15  pagi : Rehat
11.00 pagi  : Acara Dewan / Persembahan / Cabutan Bertuah / Persembahan Murid
12.30 tgh    : Penyampaian Cenderamata
12.45 tgh    : Bersurai




Jom layan gambar-gambar sekitar sambutan Hari Guru SKPH 2011....

Acara dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke 
Dewan Gemilang yang diiringi oleh para pengawas sekolah.


 
Perlawanan Futsal antara guru-guru.

Persembahan Guru-guru yang sempoi2 belako...

Terima kasih kepada semua guru-guru & semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung..Semoga Ukhuwah yang terbina akan diberkati oleh ALLAH SWT.. Selamat Hari Guru diucapkan kepda semua guru SKPH..Semoga usaha kita mendidik & mengajar anak-anak murid mendapat keberkatan ALLAH SWT & mereka semua menjadi insan yang soleh dan solehah..Insya-ALLAH...=)


" GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Monday, 9 May 2011

Taklimat Program Pemulihan Bersama Ibu Bapa/Penjaga

Pada 4 Mei 2011 (Rabu) satu perjumpaan khas bersama ibu bapa/penjaga murid-murid pemulihan diadakan. Guru Pemulihan iaitu Pn. Ruzila sangat berpuas hati atas kehadiran para ibu bapa dan penjaga...


 Guru Besar SKPH turut hadir untuk menyempurnakan majlis ini.. Guru Besar mengharapkan kerjasama ibu bapa memantau dan memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka semasa di rumah.

 Kehadiran ibu bapa amat memuaskan...



Diharap ibu bapa/penjaga murid pemulihan memberi lebih perhatian dan kerjasama demi masa depan anak masing-masing...

Sunday, 8 May 2011

Program Kem Bestari Solat Tahap Satu

Hari :           Sabtu
Masa:         8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat:      Sekolah Kebangsaan Pasir Hor

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat juga dilaksanakan program kem bestari solat untuk tahap satu sekolah kebangsaan Pasir Hor.
Semoga dengan terlaksananya program KBS ini dapat mengukuhkan murid murid SK Pasir Hor dalam menunaikan ibadah solat dalam kehidupan mereka seharian.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

" Solat itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya maka ia telah mendirikannya.Barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah meruntuhkan agama"

Antara tentatif program yang berlangsung pada hari tersebut ialah:

  1. Ceramah Kem Bestari Solat yang disampaikan oleh Tuan Haji Mamat Bin Deraman.
  2. LDK 1
  3. LDK 2
  4. LDK 3
  5. LDK 4
  6. LDK 5
  7. LDK 6
 Antara gambar gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar tidak professional:








Akhirnya besarlah harapan penganjur untuk melihat peserta peserta yang telah dididik cemerlang dalam solatnya yang seterusnya akan membawa kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Penaung program Kem Bestari Solat,Ajk pelaksana serta individu individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga Allah membalas segala jasa yang telah dicurahkan di Akhirat kelak.Amin

Majlis Jamuan Laksa PIBG

Bermula jam 8.00 pagi, pada 30 April 2011 (Sabtu) semua guru SKPH bertungkus lumus menyiapkan hidangan untuk para tetamu dan dif serta dermawan dalam majlis ini.


Majlis dirasmikan oleh Pegawai JPP Kelantan iaitu IR. HJ. Mohd Zaki b Mohd Zain (A.S.K), Chief Technical assistant director.


Para tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan oleh murid-murid tahun 3 dan 6 SKPH.

Ucapan alu-aluan oleh En. Wan Mohd Suyuti b Wan Ismail (YDP PIBG SKPH) dan ucapan perasmian oleh pegawai JPP Kelantan.

Wakil dermawan terdiri daripada pelbagai syarikat menyerahkan replika cek kepada YDP PIBG SKPH. Ucapan ribuan terima kasih dihulurkan...

Para tetamu menikmati hidangan dengan selera sekali... Kami warga SKPH mengharapkan agar para tetamu berpuas hati atas layanan dan hidangan yang disediakan...

Sunday, 1 May 2011

TERiMA KaSiH CiKGu...



Pihak SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih & selamat tinggal kepada 2 orang guru praktikum iaitu  Sir Hafiz & Sir Wong yang akhirnya telah menamatkan praktikum mereka setelah hampir beberapa bulan berada di sini.






Walaupun hanya guru sementara, namun mereka berdua banyak membantu guru-guru terutama Panitia Bahasa Inggeris. Semoga mereka dapat menggunakan segala pengalaman & tunjuk ajar yang diperolehi di SKPH untuk menjadi bakal guru yang cemerlang.


Jangan Lupakan kami semua di sini.. sehingga berjumpa lagi di lain masa.. Kamu berdua memang sempoi..All da best !!

Wednesday, 27 April 2011

STORy TellinG & ActiON SonG ComPETITioN...

Pada 24 April, SPKH telah menyertai satu pertandingan Ko Akademik Bahasa Inggeris Peringkat QIT Peringat bagi tahun 2011 yang bertempat di SK Mulong 1. Seramai 17 orang pelajar telah terpilih untuk mewakili sekolah.

Wakil peserta dari SKPH

Gelagat sepanjang pertandingan...

Syabas & Tahniah kepada jurulatih kita, cikgu Puspa, cikgu Qamariah, cikgu Rohayah, cikgu Hafiz & Sir Wong yang telah bertungkus lumus sepanjang minggu.

Monday, 25 April 2011

MAJLIS PENUTUP BULAN ANTI DADAH 2011 (Part 3-Akhir)

Pada 24 April 2011, SKPH telah mengadakan majlis penutupan bulan anti dadah & penyampaian hadiah kepada pemenang. Majlis bermula jam 8.00 pagi di Dewan Gemilang. Program bulan anti dadah SKPH telah bermula pada 3 April & akhirnya akan melabuhkan tirai.

Sepanjang bulan anti dadah, pelbagai pertandingan telah diadakan. Antaranya:
  • Mewarna Pra Sekolah & Tahap 1
  • Melukis Poster Tahap 2
  • Mencari perkataan tersembunyi Thn 2
  • Menyusun Jingsawa Puzzle Poster Dadah thn 3
  • Kuiz Thn 4
  • Mengarang Esei Thn 6
  • Teka Silang Kata (terbuka)
  • Pertandingan Sajak (terbuka)
Ucapan Perasmian Penutup oleh Ybrs. Tuan Guru Besar, En. Wan Mat Rani Wan Ismail


Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang. Syabas & Tahniah !!!

Pihak PPDa SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru & warga SKPH yang telah membantu menjayakan program ini selama ia berlangsung samada secara langsung atau tidak langsung. I.ALLAH semoga bertemu lagi kita di tahun hadapan.

PAMERAN & CERAMAH ANTI DADAH (Part 2)

Sempena bulan anti dadah, SKPH telah menganjurkan pameran & ceramah anti dadah dengan kerjasama Agensi Dadah Daerah Kota Bharu. Program ini bermula dari jam 8.30 pagi hingga jam 11.00 tengahari.

 Penceramah jemputan En Abd. Kadir, Pegawai Agensi  Dadah Daerah Kota Bharu...


Ragam guru-guru sepanjang program...


Sesi Ceramah diserikan dengan soalan kuiz..murid bersemangat untuk menjawab soalan..


Semoga ceramah ini dapat memberikan input yang berguna kepada semua pelajar. Terima kasih kepada kepada AADK Kota Bharu kerana menghantar wakil ceramah & mengadakan pameran di SKPH.. Semoga kita dapat bekerjasama lagi pada tahun hadapan. Insya-ALLAH. !!!

Sunday, 24 April 2011

PROGRAM ORIENTASI SAHABAT PPDa-PETRONAS

Pada 24 April 2011, SKPH telah menghantar 4 orang wakil, iaitu pelajar tahun 6 untuk menyertai Program Orientasi Sahabat PPDa-Petronas Sekolah Rendah Peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2011. Program ini bertempat di SMK Tanjung Chat, Kota Bharu.




Pengisian program ini adalah ceramah & LDK. Program ini bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang.

Monday, 18 April 2011

TAKLIMAT KESELAMATAN & PENJELASAN ISU-ISU KESELAMATAN NEGARA

  

Pada 18 April 2011, JPN negeri Kelantan telah menganjurkan satu taklimat Keselamatan & Penjelasan Isu-isu Keselamatan Negara di Dewan Besar, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri, Pengkalan Chepa. SKPH telah menghantar wakil seramai 7 orang yang terdiri daripada Pn Naemah (PK HEM), Pn Rosiah (PK Ko), Pn Rozilawati (Guru Kaunseling), Cik Wan Amirah, En. Saidi, En. Shaharudin & En. Abu.


 Pn Rosiah & Pn Rozilawati

 Suasana di Dewan Besar

Taklimat ini bermula jam 8.00 pagi. Taklimat ini disampaikan oleh YDH.SAC Dato' Dr Ab. Rahman B Ismail selaku KPP Bhg Penyelidikan & Keurusetiaan PDRM Bukit Aman, Kuala Lumpur. Majlis ini bersurai jam 2.00 petang.

Sunday, 17 April 2011

MINGGU PEPERIKSAAN SUDAH BERMULA !!!


Kami ingin mengucapkan SELAMAT BERJAYA kepada semua murid SKPH yang akan menduduki peperiksaan bulanan (APRIL) bermula 18.04.2011 sehingga 20.04.2011..Jangan lupa solat 5 waktu & berdoa untuk mendapat kejayaan dalam peperiksaan..Restu & doa guru-guru sentiasa mengiringi kalian semua..lakukan yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga tercinta !!!

SEMOGA BERTEMU KEMBALI

 Tanggal 14 April 2011 adalah hari terakhir bagi dua orang guru pelatih iaitu Cik Nurul Hasikin (kiri) dan Cik Nik Nur Izzati (kanan) di SK Pasir Hor..Mereka telah menjalani praktikum selama 4 minggu. Kehadiran mereka memeriahkan lagi suasana di SKPH..



Bersama guru pembimbing Pn. Zainab bt Salleh..


Semoga praktikum mereka menjadi kenangan terindah buat mereka berdua.. Harapan kami gunakan segala tunjuk ajar dan pengalaman yang diperolehi untuk menjadi bakal guru yang cemerlang di masa hadapan.
Sehingga berjumpa lagi!!!

Friday, 15 April 2011

PERKHEMAHAN PERDANA PPIM DAERAH KOTA BHARU

Pada 12-14 April 2011, SK Pasir Hor telah menghantar ahli Puteri Islam untuk menyertai Perkhemahan Perdana PPIM Daerah Kota Bharu.

Tempat: 5 Rejiman Renjer Diraja, Kem Desa Pahlawan
Tarikh: 12 - 14 April 2011
Tempoh: 3 hari 2 malam
Perasmian Penutup oleh:
   Lt Kol Jafri bin Sulaiman
  Pegawai Memerintah Batalion Ke-5
  Rejimen Renjer Diraja
  Kem Desa Pahlawan

Aturcara:
              10.00 pagi  - Semua peserta berkumpul di Dewan Makan
              10.30 pagi  - Tatacara perjumpaan
                                   Asmaul Husna
                                   Bacaan doa
                                   Ucapan dan Perasmian Penutup oleh:
                                               Lt Kol Jafri bin Sulaiman
           12.30 tghari - Bersurai
     
Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh perkhemahan ini:






Semoga PPIM SK Pasir Hor dapat meningkatkan:
1. Kemahiran dalam aspek kemahiran ikhtiar hidup, ketahanan fizikal, kemahiran sosial, kerohanian dan disiplin.
2. Menggabungjalinkan pelbagai aspek kemahiran untuk mengaplikasikan di dalam kehidupan.
3. Memupuk semangat kerjasama, berdikari, dan berdisiplin serta berdaya fikiran kreatif.