Social Icons

Sunday 8 May 2011

Program Kem Bestari Solat Tahap Satu

Hari :           Sabtu
Masa:         8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat:      Sekolah Kebangsaan Pasir Hor

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat juga dilaksanakan program kem bestari solat untuk tahap satu sekolah kebangsaan Pasir Hor.
Semoga dengan terlaksananya program KBS ini dapat mengukuhkan murid murid SK Pasir Hor dalam menunaikan ibadah solat dalam kehidupan mereka seharian.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

" Solat itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya maka ia telah mendirikannya.Barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah meruntuhkan agama"

Antara tentatif program yang berlangsung pada hari tersebut ialah:

  1. Ceramah Kem Bestari Solat yang disampaikan oleh Tuan Haji Mamat Bin Deraman.
  2. LDK 1
  3. LDK 2
  4. LDK 3
  5. LDK 4
  6. LDK 5
  7. LDK 6
 Antara gambar gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar tidak professional:








Akhirnya besarlah harapan penganjur untuk melihat peserta peserta yang telah dididik cemerlang dalam solatnya yang seterusnya akan membawa kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Penaung program Kem Bestari Solat,Ajk pelaksana serta individu individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga Allah membalas segala jasa yang telah dicurahkan di Akhirat kelak.Amin

1 comment:

Sekolah Kebangsaan Pasir Hor said...

Tahniah kepada penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan Kem Bestari Solat ini... Semoga anak didik kita tahu akan kepentingan solat dalm kehidupan mereka...