Social Icons

Wednesday, 22 February 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR HOR

Tarikh : 11 Februari 2012 / 18 Rabiu Awwal 1433H
Masa :  7.45 pagi - 12.45 tengahari
Tema  : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayah dari-Nya dapat diadakan Program Sambutan MaulidurRasul peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Hor anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam SKPH.Program ini merupakan acara tahunan di SKPH yang bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Antara lain objektif penganjuran program ini ialah:
- Menyemai rasa cinta dan sayang terhadap junjungan mulia Rasululullah S.A.W.
- Mencintai dan mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
- Mendidik akhlaq dan sahsiah yang mulia sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W.
Program dimulakan dengan perarakan Maulidurrasul sambil berselawat ke atas Nabi S.A.W diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar dan Guru SKPH.

Selesai perarakan di sekitar kawasan sekolah,program diteruskan lagi dengan acara dewan untuk acara perasmian program Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Hor 2012M / 1433H.
Selesai acara perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar SKPH,program diteruskan lagi dengan acara acara yang menarik antaranya:

- Anugerah Tokoh Maulidurrasul
- Bacaan Rawi
- Tayangan Video
- Persembahan bercerita didalam Bahasa Arab
- Pentomen
- Nasyid
Pertandingan Mewarna dan Menulis Khat
Majlis berakhir dengan sempurnanya tepat jam 12.45 tengahari.Semua murid kelihatan begitu ceria dan menarik dengan pakaian mereka yang beraneka warna.Antara gambar yang sempat dirakam oleh fotografi pada hari tersebut:

 














































untuk carian gambar yang lebih banyak sila berkunjung ke laman sosial Facebook SKPH di sini.
Sekian.Sehingga berjumpa lagi,wassalam.

1 comment:

Sekolah Kebangsaan Pasir Hor said...

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.273529952717962.58248.100001828783839&type=3&l=fbcb44e4d5

klik link untuk lebih banyak gambar.