Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil.1/2012 yang dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri pada 9 hingga 11 Januari 2012 telah memutuskan Pelaksanaan Konsep Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan serta merta secara menyeluruh di semua sekolah.
Matlamatnya adalah mewujudkan sekolah yang aman dan sejahtera dengan slogan "Murid didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan".
Objektif Pelaksanaan Konsep Guru Penyayang adalah;
1. Mengurangkan bilangan murid terlibat masalah disiplin.
2. Agar guru-guru, murid-murid dan warganya dapat mengamalkan dan
membudayakan 9P5K dalam interaksi di sekolah.
3. Agar semua sumber dan sistem sokongan sekolah dapat dimanipulasi secara
optimum serta berfungsi dengan berkesan; dan
4. Agar murid-murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif, ceria, selamat
dan mesra.

Gimik Pelancaran |
"SELAMAT HARI JADI" kepada ALEYA tahun 1 yang menyambut hari kelahirannya pada hari pelancaran. |
Tarikh : 26 Februari 2012
Masa : 7.45 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang
Aturcara Majlis
7.30 Pg : Berkumpul di dewan & Nyanyian Lagu
7.45 pg : Laporan guru bertugas
8.00 pg: Ucapan penyelaras program
8.15 pg: Ucapan Perasmian Pelancaran "Guru Penyayang" oleh Ybrs En Wan Mat Rani Wan Ismail
8.45 pg : Gimik Pelancaran & Persembahan murid
9.00 pg : Doa penutup & bersurai
No comments:
Post a Comment