Social Icons

Thursday, 29 August 2013

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 2013

Tarikh : 29 OGOS 2013 (Khamis)
Tempat : Dewan Gemilang


Bacaan Doa & Ucapan GB

Gimik Perasmian

Nyanyian Lagu Patriotik

Persembahan Murid

Persembahan Guru

Antara Persembahan Murid ialah:
PRA - Nyanyian Lagu Suasana Hari Raya
THN 1- Nyanyian Lagu Selamat Hari Raya
THN 2 - Persembahan fesyen Merdekaraya
THN 3- Nyanyian Lagu Malaysia Baru
THN 4- Bicara Berirama Merdeka
THN 5 - Tayangan Video & Pentomin Merdeka
THN 6 - Nyanyian Lagu Sesuci Lebaran & 1 Malaysia

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan sambutan kemerdekaan dan sambutan hari raya tahun 2013..

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & PENUTUP RAMADHAN


Aktiviti Sepanjang Ramadhan 1434H


Wednesday, 28 August 2013

FACEBOOK SKPH



Pihak admin ingin memohon maaf kerana tidak dapat memuat turun semua gambar untuk tatapan pembaca di Blog ini. Walaubagaimanapun, anda boleh melawat facebook SKPH di alamat https://www.facebook.com/pages/SK-Pasir-Hor/231974620214776

Terima Kasih..

SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN

Pada 25 Julai 2013 (Khamis), SKPH telah mengadakan majlis sambutan Nuzul Al-Quran yang melibatkan semua murid dan guru. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Seterusnya ucapan perasmian oleh Ybrs En. Wan Mat Rani (Guru Besar).

Majlis diserikan dengan persembahan bacaan Al-Quran oleh adik Muhd Fakrul Iman b Hizani, murid tahun 1 Jujur. Kemudian, ceramah yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mamat b Deraman. Sebelum berakhir, diadakan kuiz spontan kepada semua murid tahap 1 dan 2. Majlis berakhir jam 12.15 tengahhari.


PROGRAM SEPANJANG RAMADHAN 1434H

Objektif : 
Pada akhir program,murid akan dapat :
  • Menjalani ibadat puasa dengan berkesan.
  • Membentuk akhlak dan sahsiah yang mulia.
  • Mencintai dan mengamalkan perkara yang dituntut pada bulan Ramadhan.
  • Mengamalkan sifat mulia pada setiap masa.
Matlamat

Melahirkan pelajar yang mencintai kemulian bulan Ramadhan dan mengamalkan segala perintah Allah dan bersikap terpuji.

Aktiviti Sepanjang Ramadhan
  • Program Di Ambang Ramadhan - Hari Perasmian (7 JULAI 2013)
  • AHAD - Tadarus Al-Quran
  • ISNIN - Tafsir Al-Quran
  • SELASA- Bacaan Ma'thurat
  • RABU - Pertandingan Azan & Iqamah Tahap 2
  • KHAMIS - Solat Hajat & Dhuha
  • Risalah Ramadhan (berkala)
  • Kuiz Spontan (Selepas bacaan YASIN pada hari KHAMIS)
  • Sumbangan kepada Fakir Miskin (Pada majlis penutup)
  • Tadarus Al-Quran
  • Majlis Penutup & Khatam (1 OGOS 2013)

Majlis Perasmian oleh Ybrs En. Wan Mat Rani b Wan Ismail

KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE-19

Acara kejohanan olahraga yang dinantikan telah diadakan pada 26 Jun 2013 (Rabu). Kejohanan ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir sehingga jamp 5.40 petang. Pelbaga acara sukan telah dipertandingkan dan disertai oleh murid.

Pemenang Rumah Sukan pada tahun ini sekali lagi dimenangi oleh Rumah Merak, Naib Juara Nuri, Ketiga Rajawali dan Keempat Garuda. Tahniah & Syabas diucapkan kepada semua para pemenang.

Pasukan & Maskot masing-masing

Acara Sukaneka & Olahraga

MAJLIS SAMBUTAN ISRA' & MIKRAJ


Satu majlis sambutan Isra' & Mikraj peringkat sekolah telah diadakan pada 13 Jun 2013 (Khamis). Antara pengisian program yang disediakan ialah ceramah yang telah disampaikan oleh Ustaz Zaki b Awang dan juga kuiz spontan untuk tahap 2. Majlis bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 1.15 petang.

MAJLIS PERMUAFAKATAN ILMU IBUBAPA & GURU MURID TAHAP 1

Tarikh: 13 MEI 2013
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Objektif : Majlis ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada para ibubapa tentang pelaksanaan PBS di sekolah. Ia juga dapat merapatkan hubungan di antara ibubapa dan pihak sekolah.

Tentatif:

7.50 pagi - Pendaftaran Ibubapa
8.00 pagi -Bacaan doa
8.05 pagi- Ucapan alu-aluan guru besar
8.15 pagi - Pelaksanaan PBS di kelas KSSR
9.00 pagi - Dialog dan menandatangani pelaporan PBS tahun 2012
10.00 pagi - Majlis bersurai.

Friday, 24 May 2013

SELAMAT BERCUTI..



Selamat bercuti kepada semua warga SKPH..
CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN

Majlis Perpisahan Pn.Wan Rahayu & Pn.Norhaidayu



Semua warga SKPH mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang guru yang telah berpindah. Segala khdmat dan jasa bakti yang dicurahkan, tidak akan kami lupakan. Semoga kenangan di SKPH menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup Kalian berdua. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang berkhdmat di SKPH.



Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Boleh kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi..

Kalau ada Jarum Yang Patah,
Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Kalau ada Salah dan Silap,
Jangan Disimpan Di dalam Hati..


Semoga kalian SUKSESS selalu. Semoga ALLAH SWT merahmati Pn. Wan Rahayu & Pn. Norhaidayu.

Thursday, 23 May 2013

BULAN SAINS SKPH

Tokoh Sains Tahap 1 & Tahap 2

Sepanjang bulan Mei 2013, PANITIA SAINS telah menganjurkan Bulan Sanis. Antara aktiviti yang dijalankan pertandingan ialah:

Kuiz
 Diorama
Tokoh Sains

Kesemua pertandingan ini terbuka kepada semua murid SKPH. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SKPH.

SELAMAT HARI GURU



SYAIR GURU

Inilah kisah kerjaya mulia,
Mendidik mengajar selagi terdaya,
Ibarat lilin memberi cahaya,
Bukan balasan harta pintanya.

Guru itu sanggup berbakti,
Membentuk insan mulia pekerti,
Kejayaan murid sangat bererti,
Jasa dikenang sampai ke mati.

Daripada guru kita belajar,
Huruf dan angka disebut lancar,
Membaca mengira tiada sukar,
Jiwa yang lemah menjadi mekar.

Jika berkasar bukannya marah,
Dia mengajar menunjuk arah,
Masa depan hendaknya cerah,
Ke mana pergi rezeki murah.

Awal pagi guru pun datang,
Bakti dicurah sampai ke petang,
Murid disayang mahu ditatang,
Mendorong minda bijak dan matang.

Bukan kaya ukuran harta,
Murid berjaya itulah semata,
Jasa dikenang bukan diminta,
Sehingga saat menutup mata.

Sekali guru selamanya begitu,
Sentiasa berikhtiar tiada buntu,
Melepas musibah satu persatu,
Jaya akhirnya sudahlah tentu.

Tiada guru yang buruk sikapnya,
Menjadi teladan mulia hatinya,
Senang merujuk tempat bertanya,
Semua yang kusut lerai akhirnya.

Di mana sahaja sedia berkhidmat,
Tutur katanya sentiasa cermat,
Tingkah laku selalu berhemat,
Jadi ikutan pasti selamat.

Guru pemangkin hasrat wawasan,
Mendidik memimpin tiada bosan,
Mengharap balas bukan alasan,
Jadilah guru sanjungan insan.

Sering guru memberi nasihat,
Jauh segala gejala tak sihat,
Jangan dicuba tipu muslihat,
Di dalam hati terus terpahat.

Ilmu itu sentiasa dicari,
Jadilah guru manusia bestari,
Banyak membaca lengkapkan diri,
Elakkan utama kepentingan sendiri.

Jangan bezakan diri pelajar,
Semua mereka sama diajar,
Nama gelaran jangan dikejar,
Buatlah yang baik selagi wajar.

Bukan pangkat jadi taruhan,
Tetapi berkat jadi pilihan,
Buat amalan ikut suruhan,
Martabat bangsa itu tempahan.

Jika ada murid yang nakal,
Guru yang bijak mengguna akal,
Kuatkan azam hatipun cekal,
Didikan yang baik perlu dibekal.

Falsafah negara itu matlamat,
Hidup harmoni semua selamat,
Cabaran wawasan jadikan azimat,
Kukuh iltizam di hati tersemat.

Demikian sudah resamnya guru,
Yakin terpuji tiada terburu,
Sedia berbakti segenap penjuru,
Pembimbing masyarakat ke alaf baru.

Ghazali Lateh.
(Dewan Sastera, Mei 2006)




Sunday, 7 April 2013

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee Calon UPSR 2013


Tarikh : 7 April 2013 (Ahad)
Masa : 7.45 pagi
Tempat : Dewan Gemilang

Dirasmikan oleh :
 En Wan Mat Rani Wan Ismail
(Guru Besar SKPH)

Anjuran: 
Unit Peningkatan UPSR SK Pasir Hor

Pertandingan Bola Jaring Peringkat QIT


Tarikh : 7 April 2013 (Ahad)
Tempat : SK Perol

PERTANDINGAN BOLA BALING PERINGAT QIT PERINGAT (KATEGORI LELAKI)



Tarikh: 17 & 18 Mac 2013 (Ahad & Isnin)

Masa: 2.00 ptg—5.30 ptg

Tempat: Padang SK Pasir Hor

Aturcara majlis

17 Mac 2013 (Ahad)
2.15 Ptg : Pendaftan peserta.
2.30 Ptg : Acara bermula.
5.30 Ptg : Bersurai & bersambung pada esok hari.

18 Mac 2013 (Isnin)
2.30 Ptg : Perlawanan bermula.
5.00 Ptg : Penyampaian Sijil dan  hadiah.



 



Sambutan Maulidur Rasul



Tarikh : 
27 Januari 2013 (Ahad)

Tema : 
" Wasataniah Tonggak Kesatuan Ummah "

Objektif
Pada akhir program, pelajar-pelajar dapat :
  1. Menyemai rasa cinta dan sayang terhadap Rasullah SAW.
  2. Mendidik akhlak dan sahsiah yang mulia sebagaimana yang diajar oleh Rasullah SAW.
  3. Mencintai dan mengamalkan perkara yang sunnah.
  4. Menjadikan selawat sebagai amalan harian.

Matlamat
Melahirkan pelajar yang mencintai kemuliaan Rasullah.

Aturcara
7.30 pagi : Murid berkumpul di tapak perhimpunan
9.45 pagi : pertandingan kuiz tahap 2
10.15 pagi : Pertandingan Jawi tahap 1
10.45 pagi : Pertandingan Jawi Tahap 2
11.15 pagi : Kelas berjalan seperti biasa....

Tuesday, 15 January 2013

Program Motivasi



Nama Program: Ceramah " Sahsiah Terpuji" & Solat Hajat
Tarikh : 13 Januari 2013
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang
Anjuran : Unit Bimbingan Dan Kaunseling SKPH

Tentatif :
7.30 pg : Murid berkumpul di Dewan Gemilang
7.45 pg : Bacaan doa oleh Us Basri
7.50 pg : Ucapan Guru Besar, En. Wan Rani
8.00 pg : Ceramah oleh Us. Masrin
9.10 pg : Penyampaian Cenderahati
9.15 pg : Solat hajat guru dan murid tahap 2
9.45 pg: Bersurai


Perjumpaan Kali Pertama Kokurikulum

 Bermula 9 Januari 2013, perjumpaan kokurikulum bagi unit beruniform telah dijalankan dengan jayanya. Perjumpaan kali pertama ini melibatkan kesemua murid dan beberapa orang guru penasihat.. Antara unit beruniform yang terlibat ialah :



Selamat Kembali ke Sekolah 2013

Pihak Admin mengucapkan selamat Tahun baru 2013 dan selamat kembali ke sekolah bagi sesi yang baru kepada semua warga SKPH..Kepada semua guru, semoga lebih bersemangat dan berusaha meningkatkan prestasi sekolah..Kepada murid SKPH, belajarlah dengan bersungguh pada tahun ini, buktikan kemampuan diri ke arah menjadi insan  yang cemerlang dari segi akhlak dan akademik..