Assalamualaikum wbt.,.
Pelbagai rentetan peristiwa 2014 yang tak mungkin dilupakan
terutamanya peristiwa banjir besar yang berlaku pada tahun lepas.
SK Pasir Hor telah dijadikan pusat pemindahan banjir untuk
seramai 4000 orang mangsa banjir. Ketiadaan sumber makanan, air bersih dan
elektrik juga menjadikan mangsa banjir mengalami kesukaran.
Pelbagai agensi persendirian dan kerajaan telah 'turun padang' untuk menyalurkan bantuan kepada mangsa yang berada di sekolah.
Malah, paling menyedihkan apabila ada diantara guru SKPH yang terlibat dengan banjir kali ini telah mengalami kerugian yang agak besar apabila rumah mereka telah ditenggelami air.
Antara guru dan kakitangan SKPH yang terlibat ialah En. Saidi Abd Rahman, Pn, Nooraini, Pn. Naziah, Cik Wan Siti Normah, Pn. Rosenizam. Takziah kami ucapkan.