Social Icons

Tuesday 29 October 2013

MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH

Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 29 Oktober 2013, bertempat di dewan Gemilang, SKPH. Ia melibatkan 50 orang murid pra sekolah.


Friday 25 October 2013

Perkhemahan Unit Beruniform 2013






Pada 24-25 November,Unit kokurikulum SKPH telah mengadakan perkhemahan unit beruniform yang melibatkan murid tahun 4,5 & 6. Perkhemahan selama 2 hari ini merangkumi 4 unit beruniform iaitu Pengakap, PBSM, PPIM dan TKRS. Pelbagai slot aktiviti yang menarik telah dijalankan sepanjang perkhemanhan tersebut.


Pelajar juga turut didedahkan dengan latihan asas kawad kaki, pertandingan memasak, asas ikatan dan simpulan serta asas balutan dan pertolongan cemas. Peserta dinilai sepanjang program bagi memastikan mereka mematuhi peraturan dan mempunyai daya tahan diri dan disiplin diri.

Syabas dan tahniah kepada para peserta yang telah berjaya mengharungi perkhemahan ini dengan jayanya. Moga tahun depan perkhemahan ini dapat diteruskan lagi.

Merentas Desa