Social Icons

Friday 24 May 2013

SELAMAT BERCUTI..



Selamat bercuti kepada semua warga SKPH..
CUTI PERSEKOLAHAN PERTENGAHAN TAHUN

Majlis Perpisahan Pn.Wan Rahayu & Pn.Norhaidayu



Semua warga SKPH mengucapkan jutaan terima kasih kepada dua orang guru yang telah berpindah. Segala khdmat dan jasa bakti yang dicurahkan, tidak akan kami lupakan. Semoga kenangan di SKPH menjadi kenangan yang terindah di dalam hidup Kalian berdua. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang berkhdmat di SKPH.



Kalau Ada Sumur Di Ladang,
Boleh kami Menumpang Mandi,
Kalau Ada Umur Yang Panjang,
Boleh Kita Berjumpa Lagi..

Kalau ada Jarum Yang Patah,
Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Kalau ada Salah dan Silap,
Jangan Disimpan Di dalam Hati..


Semoga kalian SUKSESS selalu. Semoga ALLAH SWT merahmati Pn. Wan Rahayu & Pn. Norhaidayu.

Thursday 23 May 2013

BULAN SAINS SKPH

Tokoh Sains Tahap 1 & Tahap 2

Sepanjang bulan Mei 2013, PANITIA SAINS telah menganjurkan Bulan Sanis. Antara aktiviti yang dijalankan pertandingan ialah:

Kuiz
 Diorama
Tokoh Sains

Kesemua pertandingan ini terbuka kepada semua murid SKPH. Aktiviti ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua warga SKPH.

SELAMAT HARI GURU



SYAIR GURU

Inilah kisah kerjaya mulia,
Mendidik mengajar selagi terdaya,
Ibarat lilin memberi cahaya,
Bukan balasan harta pintanya.

Guru itu sanggup berbakti,
Membentuk insan mulia pekerti,
Kejayaan murid sangat bererti,
Jasa dikenang sampai ke mati.

Daripada guru kita belajar,
Huruf dan angka disebut lancar,
Membaca mengira tiada sukar,
Jiwa yang lemah menjadi mekar.

Jika berkasar bukannya marah,
Dia mengajar menunjuk arah,
Masa depan hendaknya cerah,
Ke mana pergi rezeki murah.

Awal pagi guru pun datang,
Bakti dicurah sampai ke petang,
Murid disayang mahu ditatang,
Mendorong minda bijak dan matang.

Bukan kaya ukuran harta,
Murid berjaya itulah semata,
Jasa dikenang bukan diminta,
Sehingga saat menutup mata.

Sekali guru selamanya begitu,
Sentiasa berikhtiar tiada buntu,
Melepas musibah satu persatu,
Jaya akhirnya sudahlah tentu.

Tiada guru yang buruk sikapnya,
Menjadi teladan mulia hatinya,
Senang merujuk tempat bertanya,
Semua yang kusut lerai akhirnya.

Di mana sahaja sedia berkhidmat,
Tutur katanya sentiasa cermat,
Tingkah laku selalu berhemat,
Jadi ikutan pasti selamat.

Guru pemangkin hasrat wawasan,
Mendidik memimpin tiada bosan,
Mengharap balas bukan alasan,
Jadilah guru sanjungan insan.

Sering guru memberi nasihat,
Jauh segala gejala tak sihat,
Jangan dicuba tipu muslihat,
Di dalam hati terus terpahat.

Ilmu itu sentiasa dicari,
Jadilah guru manusia bestari,
Banyak membaca lengkapkan diri,
Elakkan utama kepentingan sendiri.

Jangan bezakan diri pelajar,
Semua mereka sama diajar,
Nama gelaran jangan dikejar,
Buatlah yang baik selagi wajar.

Bukan pangkat jadi taruhan,
Tetapi berkat jadi pilihan,
Buat amalan ikut suruhan,
Martabat bangsa itu tempahan.

Jika ada murid yang nakal,
Guru yang bijak mengguna akal,
Kuatkan azam hatipun cekal,
Didikan yang baik perlu dibekal.

Falsafah negara itu matlamat,
Hidup harmoni semua selamat,
Cabaran wawasan jadikan azimat,
Kukuh iltizam di hati tersemat.

Demikian sudah resamnya guru,
Yakin terpuji tiada terburu,
Sedia berbakti segenap penjuru,
Pembimbing masyarakat ke alaf baru.

Ghazali Lateh.
(Dewan Sastera, Mei 2006)