Social Icons

Sunday 26 February 2012

PELANCARAN GURU PENYAYANG



Mesyuarat Pengurusan Pendidikan KPPM Bil.1/2012 yang dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri pada 9 hingga 11 Januari 2012 telah memutuskan Pelaksanaan Konsep Guru Penyayang hendaklah dilaksanakan serta merta secara menyeluruh di semua sekolah.


Matlamatnya adalah mewujudkan sekolah yang aman dan sejahtera dengan slogan "Murid didahulukan, Pencapaian Murid Diutamakan"
.
 
Objektif Pelaksanaan Konsep Guru Penyayang adalah;

1.  Mengurangkan bilangan murid terlibat masalah disiplin.
2.  Agar guru-guru, murid-murid dan warganya dapat mengamalkan dan
     membudayakan 9P5K dalam interaksi di sekolah.
3.  Agar semua sumber dan sistem sokongan sekolah dapat dimanipulasi secara
     optimum serta berfungsi dengan berkesan; dan
4.  Agar murid-murid dapat belajar dalam suasana yang kondusif, ceria, selamat
     dan mesra.

Gimik Pelancaran

"SELAMAT HARI JADI" kepada ALEYA tahun 1 yang menyambut hari kelahirannya pada hari pelancaran.


Tarikh : 26 Februari 2012
Masa : 7.45 Pagi
Tempat : Dewan Gemilang


Aturcara Majlis

7.30 Pg : Berkumpul di dewan & Nyanyian Lagu
7.45 pg : Laporan guru bertugas
8.00 pg: Ucapan penyelaras program
8.15 pg: Ucapan Perasmian Pelancaran "Guru Penyayang" oleh Ybrs En Wan Mat Rani Wan Ismail
8.45 pg : Gimik Pelancaran & Persembahan murid
9.00 pg : Doa penutup & bersurai
 

PELANCARAN NILAM


PENGENALAN
 ‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

NILAM merupakan penggabungan atau adunan kesemua aktiviti galakan membaca yang dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan. Program ini merupakan satu pendekatan untuk mengatasi masalah-masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca.


• Program ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan.

• Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.‘
PENDEKATAN

Pendekatan yang wajar diambil dalam pembinaan tabiat membaca mestilah berupa paksaan yang berterusan.

MATLAMAT NILAM

Matlamat program NILAM ialah supaya terbina tabiat membaca di kalangan murid-murid.

OBJEKTIF• Menjadikan murid-murid banyak membaca.

• Menggalakkan sekolah terus menjana idea kreatif dan inovasi bagi menyemai tabiat membaca.

APA ITU NILAM?
Nadi Ilmu Amalan Membaca

Satu program yang menggabungkan atau mengadunkan semua aktiviti galakan membaca di sekolah dengan memberi ganjaran/ pengiktirafan.

PELAKSANAAN NILAM
1. Tahap/ Peringkat Pertama - Jauhari
• Semua murid diwajib mengikuti aktiviti galakan membaca yang dirancang sepanjang tahun.

• Diberi kemudahan meminjam buku dari PSS.
2. Tahap/ Peringkat Kedua - Rakan Pembaca (RP)

• Layak apabila telah membaca sekurang-kurangnya 100 buah buku.

• Mempunyai daya kepimpinan untuk menarik minat orang lain supaya membaca.


4Jadual dan cadangan permarkahan berdasarkan aktiviti:

Contoh:

• Bercerita 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Baca Bersama 1 sesi x 3 pembaca = 3 markah
• Bicara Buku 1 sesi x 5 pendengar = 5 markah
• Meminjam Buku 1 buku x 5 peminjam = 5 markah
18 markah

STRATEGI PELAKSANAAN

1. Taklimat Pengetua/ Guru Besar.
2. Penubuhan Jawatankuasa.
3. Mesyuarat/ Taklimat Jawatankuasa Bertindak.

4. Pengesanan & Penilaian Program.
5. Penyediaan Bahan.
6. Menentukan Peranan AJK
7. Pengumpulan Data.
8. Antara Aktiviti Yang Boleh Dijalankan:
- 10 minit bersama buku
- Bacalah sayang
- Membaca Secara Berpasangan
- Perbincangan buku
- Bicara Buku / Book Talk

9. Bilangan/ Jumlah Buku Yang DiBaca
- Dicatat ke dalam:
• Kad Rekod Kemajuan Murid
• Sijil Berhenti Sekolah

(Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12005 : Memantapkan Budaya Membaca di kalangan Murid Sekolah bertarikh 12 Mei 2005)

Wednesday 22 February 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1433H PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR HOR

Tarikh : 11 Februari 2012 / 18 Rabiu Awwal 1433H
Masa :  7.45 pagi - 12.45 tengahari
Tema  : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan inayah dari-Nya dapat diadakan Program Sambutan MaulidurRasul peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Hor anjuran Panitia Pendidikan Agama Islam SKPH.Program ini merupakan acara tahunan di SKPH yang bertujuan untuk memperingati jasa dan pengorbanan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.
Antara lain objektif penganjuran program ini ialah:
- Menyemai rasa cinta dan sayang terhadap junjungan mulia Rasululullah S.A.W.
- Mencintai dan mengamalkan Sunnah Rasulullah S.A.W.
- Mendidik akhlaq dan sahsiah yang mulia sebagaimana yang di ajar oleh Rasulullah S.A.W.
Program dimulakan dengan perarakan Maulidurrasul sambil berselawat ke atas Nabi S.A.W diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar dan Guru SKPH.

Selesai perarakan di sekitar kawasan sekolah,program diteruskan lagi dengan acara dewan untuk acara perasmian program Sambutan Maulidurrasul peringkat Sekolah Kebangsaan Pasir Hor 2012M / 1433H.
Selesai acara perasmian yang disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar SKPH,program diteruskan lagi dengan acara acara yang menarik antaranya:

- Anugerah Tokoh Maulidurrasul
- Bacaan Rawi
- Tayangan Video
- Persembahan bercerita didalam Bahasa Arab
- Pentomen
- Nasyid
Pertandingan Mewarna dan Menulis Khat
Majlis berakhir dengan sempurnanya tepat jam 12.45 tengahari.Semua murid kelihatan begitu ceria dan menarik dengan pakaian mereka yang beraneka warna.Antara gambar yang sempat dirakam oleh fotografi pada hari tersebut:

 














































untuk carian gambar yang lebih banyak sila berkunjung ke laman sosial Facebook SKPH di sini.
Sekian.Sehingga berjumpa lagi,wassalam.

Thursday 2 February 2012

MAJLIS PERSARAAN & PERTUKARAN

PN. HJH NAAIMAH & CIK MARINA


Tarikh : 02.02.2012
Hari : Khamis
Tempat : The RITZ
Masa : 1.00 Petang
Anjuran : KELAB GURU

Satu Majlis bagi meraikan PK NAAIMAH yang telah bersara & CIK MARINA yang telah bertukar ke SK Semut Api telah diadakan pada hari ini, 2 Feb di Restoran Tha RITZ.



ATURCARA MAJLIS

1. Bacaa Doa
2. Ucapan Pengerusi Kelab Guru
3. Ucapan Guru Besar
4. Ucapan Pn Hjh Naaimah bt Yusof (PK HEM)
5. Penyampaian Hadia
6. Jamuan

Wednesday 1 February 2012

MAJLIS TAUTAN KASIH SANJUNGAN BUDI



Kalau ada sumur di ladang,
Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi


Selamat Tinggal diucapkan kepada Pn.Naaimah bt Mat Yusoff yang telah bersara. Kami warga SKPH amat menyayangi beliau & semoga ALLAH memberkati beliau. Tiada ungkapan yang mampu kami katakan melainkan kami sedih dengan persaraan beliau. tetapi apakan daya setiap pertemuan ada perpisahan. Jasamu ku kenang. Selamanya dalam Ingatan

Tarikh : 01.02.2012
Hari : Rabu
Tempat : Dewan Gemilang

Majlis Pelancaran Kelas Kualiti

Hari : Ahad
Tempat : Dewan Gemilang, SKPH

 

Antara Kriteria Pertandingan adalah:
  •  kebersihan lantai 10%
  • Kebersihan tingkap 10%
  • Kebersihan siling 10%
  • Susunan perabut 10%
  • Hiasan Dalaman 10%
  • Sudut P&P 10%
  • Kreativiti 10%
  • Ketenteraman kelas 10%
  • Kehadiran 10%
  • JUMLAH 100%
Juri Pertandingan / Pemantau
  • Pentadbir
  • Ahli Jawatankuasa
  • Guru bertugas Mingguan (bukan guru kelas)