Social Icons

Wednesday 27 July 2011

CERAMAH & MAJLIS PENUTUPAN BULAN PENGHAYATAN DISIPLIN

Rabu 27 Julai 2011, Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Disiplin telah diadakan pada jam 7.45-9.45 pg. Bulan penghayatan disiplin yang telah diadakan selama sebulan telah diisi dengan berbagai aktiviti untuk mendisiplinkan murid. Dalam ucapan ringkas Tuan Guru Besar telah meminta agar murid terus berdisiplin walau di mana berada. Disiplin menjamin kejayaan seseorang. Orang yang berdisiplin pasti berjaya dalam hidupnya.





Majlis ini juga diceriakan lagi dengan kedatangan rombongan PAROL Negeri Kelantan untuk memberi ceramah dan Pameran berkenaan jenayah dah hukuman yang dikenakan.









Guru Besar juga telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang yang memenangi kategori yang dipertandingkan. Antaranya:-


 kategori pungut sampah terbanyak.... Dapat makan KFC tu... nyumm... nyummm...




kategori kurang kesalahan dalam kelas...



kategori kelas paling ceria


kategori tokoh pelajar





Tuesday 26 July 2011

PROGRAM SUSU 1 MALAYSIA

Murid-murid SK  Pasir Hor amat bertuah kerana dipilih menjadi perintis bagi Program Susu Sekolah 1Malaysia. Program yang dilancarkan pada 24 Julai 2011 ini merupakan pengganti kepada Program Susu Sekolah (PSS) yang telah dihentikan sejak beberapa tahun lalu

Program Susu 1Malaysia yang dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.



Majlis dirasmikan oleh Pn. Hjh Rosnah bt Wan Ibrahim, Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan. Turut serta Pn. Hjh. Wan Suraya bt Dato Arifin, Ketua Penolong PengarahSektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Tuan Hj. Ishak b Ismail, Penyelia Pelajaran Kanan Unit HEM dan beberapa orang guru besar dari sekolah berhampiran.


Susu yang dihantar seminggu sekali (diberi 2 kali seminggu) diagih-agihkan kepada semua pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6 (kecuali murid Pra Sekolah) yang telah mendapat kebenaran bertulis dari ibubapa.

 Persembahan dari murid-murid SK Pasir Hor


Melalui program ini, setiap murid menerima dua kotak susu berperisa coklat pada setiap minggu. Diharapkan dengan pelaksanaan Program Susu Sekolah 1Malaysia ini, setiap murid dapat melaksanakan amalan pemakanan yang sihat.
 

Sunday 3 July 2011

LARIAN 1Murid 1Sukan 1Malaysia


 Pada 2 Julai 2011, seluruh sekolah di seluruh negeri telah menyahut seruan KPM untuk menganjurkan satu larian serentak 1MURID 1SUKAn 1MALAYSIA..Sekolah kami juga tidak melepaskan peluang untu menyertai larian tersebut. Acara bermula jam 7.30 pagi dengan senama aerobik & jam 7.45 pagi larian dimulakan..



Hadiah disediakan kepada pelari yang mendapat tempat pertama sehingga 20 untuk semua kelas bermula dari tahun satu hingga tahun 6.

Turut diadakan perlawanan bola sepak bagi pelajar lelaki & perlawanan bola baling bagi pelajar perempuan. 


Acara berakhir jam 1.00 tengah hari. Syabas & tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar kerana telah bersama-sama menjayakan larian 1M1S1M...