Social Icons

Monday 23 May 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33

Mesyuarat Agung PIBG SK Pasir Hor kali ke-33

Tarikh : 21 Mei 2011
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang, SKPH
Perasmian oleh : Ybrs. Pengarah JPP Negeri Kelantan

Mesyuarat bermula awal jam 8.30 pagi dengan pendaftaran ibubapa di kantin sekolah.

Turut diadakan majlis penyampaian Hadiah kepada pelajar cemerlang UPSR 2010 yang kini telah melanjutkan pengajian ke tingkatan 1. Syabas & Tahniah diucapkan.


Majlis diserikan dengan persembahan oleh murid-murid tahun 3.



Dalam mesyuarat kali ini, AJK PIBG sesi 2010/2011 telah dibubarkan & AJK PIBG 2011/2012 telah dilantik secara rasmi. Segala perbincangan usul dalam mesyurat dapat diterima dengan baik oleh ibubapa. Acara cabutan bertuah kepada ibubapa turut disediakan.

Diharapkan dengan perjumpaan bersama ibubapa dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibubapa dan warga sekolah. Di samping itu, diharapkan kita sama-sama dapat bekerjasama berusaha dalam meningkatkan tahap pembelajaran anak-anak. Insya-ALLAH..

Thursday 19 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Pada hari Khamis (19 Mei 2011), SKPH telah mengadakan sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah.





Aturcara Majlis
7.30 pagi     : Guru berkumpul di kelas 3A / murid berkumpul di Dewan Gemilang.
7.45 pagi     : Nyanyian Lagu Negaraku / Lagu Selamat Sultan / Lagu Sekolah
7.55 pagi     : bacaan Doa
8.00 pagi     : Ucapan Wakil Murid
8.05 pagi     : Ucapan Perasmian (Guru Besar)
8.10 pagi     : Perutusan 1
8.15 pagi     : Perutusan 2
8.30 pagi     : Nyanyian Lagu Guru Malaysia / Bacaan Ikrar
8.45 pagi     : Acara Padang (Sukaneka)
10.15  pagi : Rehat
11.00 pagi  : Acara Dewan / Persembahan / Cabutan Bertuah / Persembahan Murid
12.30 tgh    : Penyampaian Cenderamata
12.45 tgh    : Bersurai




Jom layan gambar-gambar sekitar sambutan Hari Guru SKPH 2011....

Acara dimulakan dengan perarakan masuk guru-guru ke 
Dewan Gemilang yang diiringi oleh para pengawas sekolah.


 
Perlawanan Futsal antara guru-guru.

Persembahan Guru-guru yang sempoi2 belako...

Terima kasih kepada semua guru-guru & semua pihak yang telah membantu menjayakan majlis ini samada secara langsung atau tidak langsung..Semoga Ukhuwah yang terbina akan diberkati oleh ALLAH SWT.. Selamat Hari Guru diucapkan kepda semua guru SKPH..Semoga usaha kita mendidik & mengajar anak-anak murid mendapat keberkatan ALLAH SWT & mereka semua menjadi insan yang soleh dan solehah..Insya-ALLAH...=)


" GURU PENJANA TRANSFORMASI NEGARA"

Monday 9 May 2011

Taklimat Program Pemulihan Bersama Ibu Bapa/Penjaga

Pada 4 Mei 2011 (Rabu) satu perjumpaan khas bersama ibu bapa/penjaga murid-murid pemulihan diadakan. Guru Pemulihan iaitu Pn. Ruzila sangat berpuas hati atas kehadiran para ibu bapa dan penjaga...


 Guru Besar SKPH turut hadir untuk menyempurnakan majlis ini.. Guru Besar mengharapkan kerjasama ibu bapa memantau dan memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak mereka semasa di rumah.

 Kehadiran ibu bapa amat memuaskan...



Diharap ibu bapa/penjaga murid pemulihan memberi lebih perhatian dan kerjasama demi masa depan anak masing-masing...

Sunday 8 May 2011

Program Kem Bestari Solat Tahap Satu

Hari :           Sabtu
Masa:         8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat:      Sekolah Kebangsaan Pasir Hor

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya dapat juga dilaksanakan program kem bestari solat untuk tahap satu sekolah kebangsaan Pasir Hor.
Semoga dengan terlaksananya program KBS ini dapat mengukuhkan murid murid SK Pasir Hor dalam menunaikan ibadah solat dalam kehidupan mereka seharian.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 

" Solat itu tiang agama,barangsiapa yang mendirikannya maka ia telah mendirikannya.Barangsiapa yang meninggalkannya maka ia telah meruntuhkan agama"

Antara tentatif program yang berlangsung pada hari tersebut ialah:

  1. Ceramah Kem Bestari Solat yang disampaikan oleh Tuan Haji Mamat Bin Deraman.
  2. LDK 1
  3. LDK 2
  4. LDK 3
  5. LDK 4
  6. LDK 5
  7. LDK 6
 Antara gambar gambar yang sempat dirakam oleh jurugambar tidak professional:








Akhirnya besarlah harapan penganjur untuk melihat peserta peserta yang telah dididik cemerlang dalam solatnya yang seterusnya akan membawa kepada kecemerlangan di dunia dan di akhirat.

Jutaan terima kasih di ucapkan kepada Penaung program Kem Bestari Solat,Ajk pelaksana serta individu individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.Semoga Allah membalas segala jasa yang telah dicurahkan di Akhirat kelak.Amin

Majlis Jamuan Laksa PIBG

Bermula jam 8.00 pagi, pada 30 April 2011 (Sabtu) semua guru SKPH bertungkus lumus menyiapkan hidangan untuk para tetamu dan dif serta dermawan dalam majlis ini.


Majlis dirasmikan oleh Pegawai JPP Kelantan iaitu IR. HJ. Mohd Zaki b Mohd Zain (A.S.K), Chief Technical assistant director.


Para tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai persembahan oleh murid-murid tahun 3 dan 6 SKPH.

Ucapan alu-aluan oleh En. Wan Mohd Suyuti b Wan Ismail (YDP PIBG SKPH) dan ucapan perasmian oleh pegawai JPP Kelantan.

Wakil dermawan terdiri daripada pelbagai syarikat menyerahkan replika cek kepada YDP PIBG SKPH. Ucapan ribuan terima kasih dihulurkan...

Para tetamu menikmati hidangan dengan selera sekali... Kami warga SKPH mengharapkan agar para tetamu berpuas hati atas layanan dan hidangan yang disediakan...

Sunday 1 May 2011

TERiMA KaSiH CiKGu...



Pihak SKPH ingin mengucapkan jutaan terima kasih & selamat tinggal kepada 2 orang guru praktikum iaitu  Sir Hafiz & Sir Wong yang akhirnya telah menamatkan praktikum mereka setelah hampir beberapa bulan berada di sini.






Walaupun hanya guru sementara, namun mereka berdua banyak membantu guru-guru terutama Panitia Bahasa Inggeris. Semoga mereka dapat menggunakan segala pengalaman & tunjuk ajar yang diperolehi di SKPH untuk menjadi bakal guru yang cemerlang.


Jangan Lupakan kami semua di sini.. sehingga berjumpa lagi di lain masa.. Kamu berdua memang sempoi..All da best !!